“Tak tahulah bila akan terbuka hati, doakan ye..” – Manis berhijab, Cik B belum bersedia tutup aurat

“Tak tahulah bila akan terbuka hati, doakan ye..” – Manis berhijab, Cik B belum bersedia tutup aurat

 

Anak usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B belum bersedia untuk menutup aurat selepas tampil berhijab di media sosial.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang individu di laman TikToknya, kelihatan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen mengenakan tudung berwarna hijab menyerlahkan lagi kecantikkannya sebagai seorang wanita.

@cikb_salmon_saltedegg_hq

Replying to @Nothing^s~ terima kasih semua yg selalu nasihat dan doakan cikb yg baik-baik #mashallah #tabarakallah #tiktokmalaysia #alhamdulillah #cikb

♬ Seruling Kalonaho – vmozjr

Difahamkan, tujuan dia memakai tudung tersebut adalah untuk memenuhi permintaan salah seorang pengikutnya di aplikasi itu.

Dalam pada itu, usahawan yang berusia 19 tahun itu berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuk dirnya untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik pada masa akan datang.

“Macam ini ke? Tak tahulah bila akan terbuka hati nak berhijab.

“Lambat laun kena pakai juga, kan.

“Doakan Cik B ya. Terima kasih semua yang selalu nasihat dan doakan saya yang baik-baik,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keayunan Cik B terserlah apabila mengenakan hijab sehingga membuatkan orang ramai terlupa dengan imej tomboinya.

Malah, ada juga segelintir individu yang memberi pandangan agar Cik B membuka perniagaan tudung pula selain menjual barangan berasaskan makanan.

Pun begitu, ramai berharap agar urusan Cik B dipermudahkan terutamanya diberi petunjuk serta hidayah menjadi insan yang lebih baik.