“Tak suka orang memandai-mandai” – Puteri Sarah tidak selesa nama dipetik bakal berkahwin
Sebelum ini, bekas isteri Hafidz Roshdi, Nur Shuhada meninggalkan komen di hantaran Farah Lee yang memaparkan foto bersama suami baru.
Hal yang menarik perhatian ramai apabila Shuhada atu mesra dikenali sebagai Shu berkata selepas ini giliran Puteri Sarah pula untuk mendirikan rumah tangga.
Pelakon Puteri Sarah tampil menafikan kenyataan tersebut dan akui berasa tidak selesa apabila namanya ‘dipetik’ bakal berkahwin dengan rakan perniagaan, Andy Arsyil.
Bahkan merasakan tindakan individu tersebut berkata sedemikian boleh menimbulkan fitnah tentang dirinya serta Andy.
Kata aktres itu lagi, dia dan pelakon Indonesia, Andy sering melakukan live TikTok bersama hanya mahu menjual produk mereka sahaja.
Malah, tidak terfikir mahu mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat dan hanya mahu fokus pada anak-anak serta perniagaan.