“Tak boleh brain” – Individu pertikai wanita kena melutut masa raya nak minta ampun pada suami

“Tak boleh brain” – Individu pertikai wanita kena melutut masa raya nak minta ampun pada suami

 

“Tak boleh brain” – Individu pertikai wanita kena melutut masa raya nak minta ampun pada suami

Hari Raya pertama adalah hari yang penuh bermakna bagi kebanyakan keluarga, di mana setiap ahli keluarga berkumpul untuk bersalaman, bermaafan, dan mengeratkan hubungan sesama mereka.

Tidak jarang kita melihat suasana yang penuh emosi, di mana ada yang menangis dalam keharuan, memohon maaf atas kesilapan yang lalu. Amalan ini, yang sudah berakar dalam budaya Melayu, menjadi simbol pengampunan dan kedamaian dalam perhubungan keluarga.

Namun, baru-baru ini, amalan ini mendapat perhatian selepas seorang individu di platform X mempersoalkan tradisi wanita yang melutut untuk meminta maaf kepada suami pada hari raya.

“Betul I memang tak boleh brain yang wanita kena melutut time raya nak mintak ampun kat suami. Is that culture or religion? Walhal boleh je sama-sama duduk bawah,” tulisnya.

Hantarannya itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen, yang kebanyakannya membidas pendapat tersebut. Beberapa pengguna platform X tampil memberikan pandangan mereka, mempertahankan amalan tradisional ini sebagai sebahagian daripada adab dan budaya Melayu yang sudah diamalkan sejak turun-temurun.

Salah seorang netizen, KenKimy_, berkata, “Betul, parents aku pun buat camni juga. Benda ni bukan sebab nak rasa dominant atau jadikan bini hamba abdi, tapi adab dalam berkeluarga, hormat-menghormati dan kasih mengasihi.”

Sementara itu, Fitri Mn juga menyuarakan pandangannya, “Bab melutut time salam raya ni aku tak mahu komen sangatlah, sebab aku dibesarkan dengan beraya tanpa salam raya. Cuma aku tertanya-tanya juga dengan feminis ni. Diorang kalau dengan bapak diorang sendiri pun diorang letak sama level dengan diorang jugak, ke macam mana?”

Beberapa lagi reaksi dari netizen turut mencatatkan kebimbangan terhadap pengaruh budaya barat yang kini dilihat semakin meresap dalam kehidupan masyarakat, seperti yang disebut oleh Syed Abtahir, “Apabila pemahaman barat diserap serta mempersoalkan walhal selama tiada masalah pun. Duduk di bawah bukan bermaksud hamba abdi, sebaliknya hormat suami isteri kepada masing-masing.”