“Sikit-sikit anxiety” – Shazwan Zulkifly anggap generasi muda lembik & manja

“Sikit-sikit anxiety” – Shazwan Zulkifly anggap generasi muda lembik & manja

 

“Sikit-sikit anxiety” – Shazwan Zulkifly anggap generasi muda lembik & manja

Pelakon, Syazwan Zulkifly menyorot perhatian apabila memberikan pendapatnya tentang masalah ‘anxiety’ yang berlaku dalam kalangan masyarakat masa kini.

Menerusi sesi podcast @ceritamalamjumaat, Syazwan atau nama lengkapnya Mohd Syazwan Zulkifly berpendapat masalah ‘anxiety’ timbul kerana  generasi muda masa kini sangat manja dan lemah.

Sejujurnya, saya percaya budak-budak zaman sekarang memang lebih lembik berbanding zaman kita.

Manja, sikit-sikit cakap ada anxiety. Anxiety ni bukan satu, ada banyak jenis.

Kadang-kadang orang yang sebenarnya tak ada pun mula rasa macam ada anxiety juga sampai kita dah tak percaya mereka yang betul-betul ada anxiety.

Dalam pada itu, pelakon filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ itu turut membandingkan generasi masa kini dengan generasinya dahulu yang lebih cekal berdepan dengan ujian kehidupan.

Mungkin mereka yang ada anxiety akan marah, tapi zaman dulu, generasi kita sebelum ni yang kalau balik sekolah lambat kena ikat dekat pokok, ada kerengga, ada ke mereka kena bipolar atau anxiety?

Saya rasa pengalaman macam tu yang buat mereka jadi kuat sampai sekarang.

@ceritamalamjumaat

Budak Zaman Sekarang Lebih Lembik Dari Budak Zaman Dulu @Syazwanzulkifly Saksikan podcast penuh di Youtube Channel Cerita Malam Jumaat Episod 24 Episod 3 #ceritamalamjumaat #bukanceritabiasa #setiaporangadakisahnya #xoxo #podcast #malamjumaat #apacerita #ceritaapa #rajalawak #maharajalawakmega #bloodbrothers #jaki #zaki #kepeng #syazwanzulkifly

♬ original sound – Cerita Malam Jumaat – Cerita Malam Jumaat

Video itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan pendapat Syazwan.

Namun, ada juga yang bersetuju dan sependapat dengan kenyataan Syazwan.