Suri rumah warga Jepun maut terjatuh dari tingkat 4 kondominium, mayat tertiarap di atas tanah

Suri rumah warga Jepun maut terjatuh dari tingkat 4 kondominium, mayat tertiarap di atas tanah
Seorang wanita warga Jepun ditemukan maut didakwa terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, pada Jumaat.
Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an itu ditemui tertiarap di atas tanah.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya iaitu Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, pihaknya menerima panggilan menerusi talian MERS 999 sekitar 8:07 pagi. Susulan daripada itu, pasukan peronda dikerah ke lokasi kejadian.
Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati, mangsa adalah seorang wanita warga Jepun, berusia 50-an sudah meninggal dunia, dalam keadaan tertiarap di atas tanah.
Difahamkan, mangsa menetap di Malaysia kira-kira 14 tahun lalu dan merupakan seorang suri rumah.
Keluarga mangsa sudah dimaklumkan berkenaan kejadian itu dan surat pelepasan jasad sedang dibuat kemudian diserahkan kepada suami mangsa.

Mayat wanita Jepun yang ditemui tertiarap di sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor. Foto: Malaysia Gazette
Hasil siasatan awal ke atas tubuh mangsa dan lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.
Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR), dan bedah siasat akan dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.