“Saya kena betulkan, sunnah makan adalah bercakap” – Zahiril Adzim

“Saya kena betulkan, sunnah makan adalah bercakap” – Zahiril Adzim

 

“Saya kena betulkan, sunnah makan adalah bercakap” – Zahiril Adzim

Susulan menerima teguran untuk tidak bercakap ketika makan, pelakon Zahiril Adzim mengambil keputusan untuk memperbetulkan pandangan netizen dan berkata sunnah makan adalah bercakap.

Menerusi satu hantaran di TikTok, roslizawatiakasim telah memuat naik tangkap layar siaran langsung memaparkan aktor berusia 41 tahun itu yang sedang makan.

Pada video tersebut, Zahiril atau nama penuhnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar telah menerima teguran dari netizen yang memintanya untuk tidak bercakap ketika makan.

Susulan itu, Zahiril dengan tegas berkata tanggapan itu salah dan menjadi tanggungjawabnya untuk memperbetulkan perkara tersebut.

Menurut aktor itu, bercakap ketika makan adalah sunnah namun ia perlu dilakukan dengan tertib bagi bagi mengelakkan ketidakselesaan orang lain.

“Itu salah, saya kena betulkan benda ni. Sunnah makan ialah bercakap. Masa mengunyah jangan bercakap, masa bercakap jangan mengunyah. Sunnahnya ialah bercakap.

“Jadi selama ini, kita diomok-omokkan bila makan, jangan bercakap, table manners. Ini semua kafir punya agenda. Kalau tak percaya, pergi tanya ustaz.

“Kalau ada orang cakap jangan bercakap masa makan, itu salah. Mulut penuh dengan makanan, jangan bercakap itu betul. Masa mengunyah, jangan bercakap,” katanya.

Dalam pada itu, Zahiril mengakui sebelum ini dia juga mempunyai tanggapan bahawa bercakap semasa makan adalah salah dan dia turut mengamalkan perkara tersebut.

@roslizawatiakasim

sedikit ilmu Dr ketua @zahiriladzim ….

♬ original sound – 🌹Rose 🇲🇾 🌹 – 🌹Rose 🇲🇾 🌹

Bagaimanapun, aktor itu akhirnya mempelajari bahawa sunnah bercakap ketika makan ada kebaikannya sendiri yang mana ia boleh mengeratkan silaturahim sesama insan.

“Selama ni saya ingat makan kena jaga kelakuan , kena diam, tak boleh bercakap. Kena ada tertib, itu semua agenda atau ajaran bukan agama kita punya.

“Tapi sebenarnya makan bercakap itu sunnah. Sebab waktu makan tu, kita makan dulang kan. waktu makan dulang tu la kita bersilaturahim,” jelasnya.

Sementara itu, kenyataan dari Zahiril telah meraih perhatian seorang penceramah yang dikenali sebagai Dr Rozaimi Ramle yang bersetuju dengan aktor itu.

Katan penceramah itu, terdapat hadis daripada Rasulullah SAW yang membolehkan kita bercakap ketika makan kerana ia memberikan kemesraan kepada orang yang sedang makan dengan kita.

@drrozaimiramleofficial

Sunnah bercakap ketika makan???ikuti perkongsian ini, semoga bermanfaat. #UniSIRAJ #disinipencintasunnahdilahirkan #AndaiTiadaDia #sunnah Kisah Artis Malaysia Zahiril Adzim

♬ original sound – albatross – albatross