Suami dakwa Zahnita Wilson bohong, dedah bukti perbualan WhatsApp dengan ibu

Suami dakwa Zahnita Wilson bohong, dedah bukti perbualan WhatsApp dengan ibu

 

Suami dakwa Zahnita Wilson bohong, dedah bukti perbualan WhatsApp dengan ibu

Suami dakwa Zahnita tipu lagi apabila mengatakan dia mendapatkan resepi pai yang dijualnya menerusi carian Google.

Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, berkata, pelakon dan model itu sebaliknya meminta resepi berkenaan daripada ibunya, Norazlina Abdullah.

Sebagai bukti, Abdul Zackery turut berkongsi mesej perbualan yang dihantar Zahnita kepada ibunya meneruis aplikasi WhatsApp.

Dia berkata, ibunya berasa sangat kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, kerana ia adalah tidak benar.

“Reaksi ibu saya apabila mendengar perkongsian yang dibuat Zahnita, sudah tentu dia (ibu) menganggap kenyataan itu adalah mengarut.

“Saya mempunyai bukti-bukti perbualan mereka di WhatsApp yang mana Zahnita meminta resipi pai itu kepada ibu saya,” katanya.

Katanya lagi, ibunya tidak keberatan untuk berkongsi malah turut memberi sokongan penuh atas perniagaan yang mahu diusahakan oleh menantunya.

Sebelum ini, ibu mentua Zahnita meluahkan rasa kecewa terhadap menantunya kerana tergamak bersangka buruk mengenai dirinya.

Sebagai tanda sayang, Norazlina sanggup berkongsi resepi pai yang kini menjadi produk jualan Zahnita.

Bagaimanapun, Zahnita ketika ditemu bual Harian Metro berkata, pai yang dihasilkan adalah resipi asas yang boleh diakses di Google.