Suami Zahnita Wilson positif dadah

Suami Zahnita Wilson positif dadah

 

Suami Zahnita Wilson positif dadah

Suami kepada pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson akan didakwa di Mahkamah Majistret esok, atas tuduhan berkaitan keganasan rumah tangga.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Selain itu, suspek juga akan berdepan pertuduhan tambahan berkaitan kes urin positif narkotik,” katanya menurut Harian Metro.

Sebelum ini, Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman mengeluarkan perintah reman terhadap suami Zahnita selama tiga hari selepas ditahan pihak polis, Isnin lalu.

Zahnita mengejutkan orang ramai apabila berkongsi dua foto menampakkan matanya yang lebam di media sosial.

Tidak memperincikan apa yang berlaku, wanita yang nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, berkata, seboleh-bolehnya dia enggan membuka pekung di dada, namun keadaan memaksa untuknya berbuat demikian.
“Saya tidak mahu melakukan ini (kongsi foto), tetapi saya terpaksa. Ini menjadi punca kenapa saya tinggalkan rumah lama serta menjadi sebab saya selalu pakai cermin mata hitam,” tulisnya.

Susulan pendedahan dibuat pelakon Kuliah Cinta itu, ramai pengikut termasuk rakan selebriti meluahkan simpati dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku terhadap model berwajah Pan Asian itu.

Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013.