“Letih layan suami yang asyik tantrum” – Wanita nekad cerai selepas 20 tahun kahwin

“Letih layan suami yang asyik tantrum” – Wanita nekad cerai selepas 20 tahun kahwin

 

“Letih layan suami yang asyik tantrum” – Wanita nekad cerai selepas 20 tahun kahwin

Dalam sesebuah rumah tangga, kestabilan kewangan merupakan antara faktor utama yang menjadikan hubungan suami isteri bertahan lebih lama

Tambahan pula jika mempunyai anak ramai yang sudah tentu memerlukan banyak perbelanjaan seperti barangan harian dan keperluan sekolah.

Namun, jika hanya sebelah pihak sahaja yang bersungguh-sungguh mencari duit untuk keluarga dan tidak mendapat pasangan yang memahami, maka sukar untuk rumah tangga kekal lama.

Seperti kisah hidup yang dikongsi oleh seorang wanita di laman Facebook baru-baru ini apabila dia nekad untuk bercerai dengan suaminya selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga.

Suami seorang ahli surau, solat tak tinggal dan nampak baik dari luaran tetapi hakikatnya malas bekerja dan kuat tantrum

Menerusi perkongsian daripada Hazwani Mohd Dah, wanita berkenaan mendedahkan dirinya sudah setahun bercerai dengan bekas suami dan kini mahu berkahwin dengan orang baharu.

Apabila ditanya tentang mengapa dia bercerai dengan bekas suaminya, wanita tersebut meluahkan rasa kecewa menanggung ‘biawak hidup’ selama ini.

Menurutnya, segala perbelanjaan anak-anak ditanggung olehnya sahaja, manakala bekas suami pula enggan mencari kerja untuk stabilkan kewangan keluarga.

“Sepanjang 20 tahun ni, i was married a boy, not a man. Akak rasa macam membesarkan 5 anak lelaki walaupun ada 4 orang je anak.

“Akak rasa akak dah letih sangat layan suami yang asyik tantrum, nak bercakap dengan dia kena berlapik-lapik & jaga perasaan dia, sedangkan hati kita dia langsung tak jaga.

“Akak rasa sepanjang hidup bersama, akak saja yang kena push dia supaya bersemangat dan berusaha untuk stabilkan kerjaya dia, dia tak pernah ada inisiatif untuk usaha lebih bagi keluarga,” luahnya.

Image from Hazwani Mohd Dah (Facebook)

Nekad ingin cerai sebab sayang diri dan anak-anak, mahu anak-anak lelaki faham bahawa jangan jadi lelaki yang perlecehkan tanggungjawab keluarga

Menurut wanita itu lagi, bakal suaminya merupakan seorang OKU dan bekerja di sebuah kedai runcit. Apa yang membuatkan dia terbuka hati untuk berkahwin semula adalah lelaki tersebut dikatakan pandai mencari wang serta menyantuni ibunya.

Malah, dia sempat berpesan kepada wanita di luar sana supaya hati-hati dalam memilih pasangan hidup.

“Kita ni perempuan, kalau tak sentuh part anak, boleh bertahan lagi. Tapi kalau sebab sikap malas, tak mahu bertanggungjawab walhal ada kudrat dan boleh usaha, itu yang buat akak hilang sabar, lagi-lagi bila melibatkan masa depan anak yang kita sebagai isteri dah bantu sejak awal lagi.

“Lelaki perlu qawwam. Sebagai pelindung & pemimpin. Ada hala tuju hidup yang jelas untuk pimpin keluarga. Emosi kena kuat, kalau 24 jam isteri nak kena push & bagi motivasi, nak jadi apa? Isteri yang sabar pun boleh hilang kesabarannya,” katanya lagi.

Image from Hazwani Mohd Dah (Facebook)

Image from Hazwani Mohd Dah (Facebook)

Image from Hazwani Mohd Dah (Facebook)