Ikat isteri di sofa, suami paksa tengok ‘projek’ dengan skandal

Ikat isteri di sofa, suami paksa tengok ‘projek’ dengan skandal
Kisah seorang guru wanita yang melakukan hubungan terlarang dengan lelaki bergelar ‘abang wiring’ secara tak langsung membuka luka lama seorang wanita.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita berkenaan mendedahkan kisah silam rumah tangganya yang meruntuhkan jiwa dan maruahnya sebagai isteri.
Katanya, dalam keadaan diri diikat di sofa, dia menjadi saksi kecurangan suami sendiri yang tergamak melakukan seks di hadapan matanya.
“Mereka buat ‘projek’ depan aku. Cuma masa tu aku masih fikirkan mak dia yang sakit dekat kampung. Sakit memang sakit bila kita dah buat semua untuk suami.
“Tapi hati dikhianati memang hancur dan trauma. Satu lagi jangan la ‘back up’ orang yang dah terang-terang salah.
“Kita sama-sama doakan belah isteri dan anak-anak yang dianiaya tu kuat selalu,” ujarnya, merujuk kepada kes kecurangan guru dengan ‘abang wiring’.
Tambah wanita berkenaan, dia pada waktu itu memilih untuk tidak membuat laporan polis kerana mengambil kira perasaan kedua-dua orang tua suaminya.
Namun, pengorbanannya itu tidak dihargai apabila dirinya digantung tidak bertali selama setahun sebelum diceraikan.
“Makin saya menjerit makin mereka gelak sambil buat benda tu (seks) tanpa fikirkan perasaan saya. Lepas mereka tidur, saya gigih balik kampung sehelai sepinggang.
“Demi Allah walaupun sudah empat tahun ni terjadi, tapi apa yang berlaku masih segar dalam otak (ingatan) saya.
“Saya bodoh masa tu tak buat laporan sebab masih fikir orang tua (mentua) dia dekat kampung. Saya hubungi mak mentua suruh nasihatkan dia,” ujarnya.
Namun, sebaliknya berlaku apabila ibu mentua mengarahkan anaknya supaya dia diceraikan atas alasan memalukan suami.
Pengadu turut mengakui masih mengalami trauma dan dapat mengingati setiap detik hitam itu dengan jelas walaupun kejadian sudah empat tahun berlalu.
Malah sehingga kini dia tetap diganggu beberapa wanita yang mempunyai skandal dengan bekas suami selepas mereka berpisah.
Perkongsian wanita itu meraih perhatian ramai netizen yang rata-rata meluahkan rasa simpati dan mengecam tindakan kejam bekas suami dengan wanita terbabit.
“Ya Allah tak boleh bayangkan kejam sangat buat dekat awak. Kifarah tu ada. Semoga awak bertabah ya.
“Perempuan yang ‘main’ dengan dia depan awak tu macam mana masa tu? Dia gembira ke? Betul-betul syaitan la.
“Wey sampai tergamak buat depan mata tu dah tahap syaitan perangai. Manusia normal tak akan buat macam tu. Dah macam darkweb,” komen beberapa netizen di media sosial.
Sejak Ahad lalu, tular di media sosial kisah seorang pendidik yang didakwa curang dengan seorang lelaki berstatus suami orang yang bekerja sebagai juruelektrik, dikenali sebagai ‘abang wiring’.
Kisah tersebut mengejutkan ramai apabila perbualan berunsur lucah antara kedua-duanya tersebar, meskipun masing-masing sudah berumahtangga.