“Salah ke nak luah perasaan” – Suami ‘sentap’ baca WhatsApp isteri dengan BFF, anggap buka aib keluarga

“Salah ke nak luah perasaan” – Suami ‘sentap’ baca WhatsApp isteri dengan BFF, anggap buka aib keluarga

 

“Salah ke nak luah perasaan” – Suami ‘sentap’ baca WhatsApp isteri dengan BFF, anggap buka aib keluarga

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan hasrat untuk hidup berdikari dalam membina keluarga bahagia.

Namun, bukan semua pasangan mendapat kesempatan itu kerana ada yang perlu tinggal bersama mentua.

Seorang isteri mengakui penat apabila mentua dan adik ipar tinggal bersama dengannya sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, jika diluahkan kepada suami pasti mereka berdua akan bergaduh dan kemudian saling bermasam muka.

“Minggu lepas suami aku baca WhatsApp aku dekat kawan perempuan pasal aku tak selesa duduk dengan mentua.

“Aku tak sangka pun dia akan baca WhatsApp aku, kemudian seminggu dia tak nak bercakap dengan aku,” kongsinya di media sosial.

Tambah wanita itu, dia ada bertanya kepada suaminya mengenai sebab dia mendiamkan diri.

“Dia tak puas hati sebab aku cerita aib dia dan keluarga dia. Salah ke aku nak luah perasaan aku dekat kawan baik aku?

“Aku cuma luah pasal aku tak selesa duduk dengan mentua je sebab kalau luah dekat dia mesti akan bergaduh,” katanya.

Wanita itu berkata, dia tidak faham kenapa suaminya mendakwa perkara ini adalah ‘aib’ sedangkan dia hanya meluahkan perasaan.

“Tak faham bahagian mana yang aib. Dia siap cakap ibarat aku curang sebab cerita dekat kawan perempuan. Aku tak boleh fikir lelaki macam ni nak samakan dengan curang.

“Aku cuba nak berbaik tapi dia tak nak dan tetap salahkan aku. Dia siap cakap kalau tak bahagia, cerai je la.

“Aku cuma tak selesa tinggal dengan mentua, tetiba nak putar belit cakap aku tak bahagia,” katanya.

Reaksi netizen

Perkongsian itu bagaimanapun mendapat kecaman netizen yang menyalahkan wanita berkenaan.

“Mentua tu macam mak ayah kandung kita, hubungan tak putus sampai mati.

“Tak puas hati apa-apa patut luah pada suami dulu, bukan orang luar.

“Salahlah kak patutnya bincang dulu dengan suami,” kata warga maya.