“Ada kat mana? Buat apa?” – Suami rimas isteri hantar mesej, kalau merajuk sampai ke sudah tak pujuk

“Ada kat mana? Buat apa?” – Suami rimas isteri hantar mesej, kalau merajuk sampai ke sudah tak pujuk

 

“Ada kat mana? Buat apa?” – Suami rimas isteri hantar mesej, kalau merajuk sampai ke sudah tak pujuk

Setiap perkahwinan pasti ada pasang surutnya.

Bukan sesuatu yang pelik apabila kehangatan hubungan suami isteri semakin pudar seiring dengan peredaran masa, lebih-lebih lagi jika usia perkahwinan sudah menjangkau lebih sedekad.

Faktor-faktor seperti kesibukan kerja serta menguruskan rumah tangga, kurangnya komunikasi berkesan serta waktu bersama yang terhad berkemungkinan menjadi penyebab, namun situasi sedemikian perlu diatasi agar hubungan suami isteri tidak terus hilang sinarnya.

Berdepan situasi sama, seorang pelayar membuat luahan di media sosial bagi meminta pandangan warga maya demi menyelamatkan perkahwinannya yang baru memasuki tahun kelima.

“Saya sekarang tengah mengandung 36 minggu, anak yang sulung umur dua tahun. Macam mana nak kekalkan spark dalam perkahwinan?

“Dulu kami jenis happy go lucky, dia (suami) selalu manjakan saya, melayan saya, langsung tak pernah mengeluh sebab kami ni sama umur, masih muda 20an.

“Kebelakangan ni kami selalu gaduh, dia kata dia serabut sebab ekonomi sekarang. Kerja tapi still tak cukup duit,” tulisnya dalam luahan yang dikongsikan dalam satu laman Facebook.

Tanpa mendedahkan identiti, pelayar tersebut berkata pergaduhan ada kalanya tercetus disebabkan perkara remeh yang sengaja diperbesarkan suaminya.

“Dia rimas bila chat dia perkara basic seperti ‘ada kat mana? Tengah buat apa?’. Padahal bila dia tak balas, saya tak marah. Salah ke seorang isteri nak tahu benda-benda tu?

“Saya nampak sekarang dia nak saya berdikari, dia kata tak nak ambil tahu hal remeh temeh, saya merajuk atau marah dia malas nak ambil kisah.

“Memang betul-betul kacau mental saya, hari-hari menangis dalam diam,” luah ibu muda itu.

Tambah wanita tersebut, apa yang lebih membuatkan dirinya sedih apabila mengenangkan dirinya tidak mempunyai seseorang untuk meluahkan perasaan.

“Saya memang duduk dengan anak je kalau dia kerja, saya memang tak rapat dengan family sendiri dan keluarga mentua. Saya memang tak ada kawan sebab masa bercinta, dia betul-betul kongkong.

“Saya sedih, dalam masa yang sama saya rindu kami yang dulu. Saya rindu nak dating berdua dengan dia, rindu nak dia manjakan saya.

“Kalau betullah sebab kewangan, rasanya dulu kami lagi susah. Nak keluar pun masak dari rumah bawa bekal. Kenapa ya? Sebab saya pregnant ke? Atau sebab dia memang tak sayangkan saya dah,” luahnya memohon pandangan warga maya.

Menjengah ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi yang pelbagai.

Sebahagian daripada mereka berkongsi pengalaman, manakala ada juga yang menyarankan agar wanita berkenaan bersikap lebih memahami dan tidak terlalu memikirkan perkara yang bukan-bukan.

“Mungkin dia fikir nak cari duit untuk sis bersalin ni. Sekarang kos sara hidup tinggi sis. Sekarang semua benda pun mahal.

“Bersabar. Abaikan perkara-perkara yang remeh-temeh. Cuba jadi matang. Masing-masing tumpu kepada kerja. Bagilah sokongan kepada suami.

“Suami tengah kerja tak perlu chat tanya tengah buat apa, ada di mana. Kita tak tahu suami di tempat kerja baru lepas meeting kena hambur dengan bos ke, tengah struggle capai target. Kurangkan WhatsApp suami di tempat kerja,” demikian antara komen netizen.