Isteri tertekan suami pengotor warisi sikap mentua, suka guna tuala kotor tak cuci berminggu
Isteri tertekan suami pengotor warisi sikap mentua, suka guna tuala kotor tak cuci berminggu
Kebersihan adalah elemen yang sangat penting dalam kehidupan seharian, tidak kiralah untuk kanak-kanak, individu bujang atau sudah berumah tangga.
Sejak kecil lagi, setiap daripada kita diajar tentang tanggungjawab dan penghormatan terhadap diri sendiri dengan mengetahui kepentingan menjaga kebersihan tubuh dan persekitaran.
Bagaimanapun, seorang wanita yang sudah melayari lebih 10 tahun alam perkahwinan meluahkan rasa tertekan dengan sikap pengotor suaminya.
Dia berpandangan sikap suaminya itu diwarisi daripada ibu dan bapa mentuanya yang juga disifatkan sebagai pengotor.
“Macam mana la agaknya perasaan dapat suami pembersih? Aku tertekan dapat suami pemalas dan pengotor.
“Memang dia bagus bab tolong jaga anak, tapi biarlah pembersih jangan pengotor, dah pengotor lepas tu pemalas.
“Susah hidup anak orang lain bila mak pak (mentua) pun pemalas dan pengotor,” luahnya di media sosial.
Perkongsian itu mengundang kecaman daripada netizen yang beranggapan sikap tidak menerima kekurangan pasangan menyebabkan suami isteri sering bergaduh.
“Sampai bernanah ‘area’ bawah tu (kemaluan) guna tuala kotor tak cuci berminggu. Kadang dengan tuala tu buat macam-macam dalam rumah.
“Nak kena kita cucikan atau ingatkan untuk cuci, baru la cuci. Dulu buang sampah tak cuci tangan, terus pegang benda lain contoh anak.
“Kena ajar suruh cuci tangan kalau tak, memang dengan kuman-kuman semua bertebaran. Macam-macam lagilah,” katanya.
Tambahnya, kesan kepada sikapnya itu bagaimanapun telah membawa sedikit perubahan kepada suaminya.
“Ni Allah baru bagi dia teguran tentang cara dia guna tuala berminggu tak cuci. Sampai bernanah bawah tu. Sekarang baru dengar cakap kita.
“Dah mandi, guna tuala bersih. Bawah tu guna tuala kecil lain. Alhamdulillah sekarang ikut, makin pulih,” katanya.
Wanita itu turut menegaskan bahawa dia bukannya seorang individu yang mengalami Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) tetapi sekadar mahukan ahli keluarga yang sentiasa mementingkan kebersihan.
“Tak usahlah sampai OCD, cukuplah lepas masak, kemas. Dah guna barang, letak tepi kalau belum sempat nak simpan tempat tersedia.
“Tuala jangan la campak sana sini. Penat nak ajar orang dewasa jadi pembersih,” katanya.