‘Suami post gambar bersama famili, tiba-tiba dia padam semula rupanya..’

‘Suami post gambar bersama famili, tiba-tiba dia padam semula rupanya..’
Dalam dunia media sosial yang serba terbuka hari ini, pelbagai jenis perkongsian peribadi menjadi perhatian umum termasuklah isu rumah tangga.
Terbaharu, tular satu luahan seorang wanita yang mengaku menjalin hubungan sulit dengan suami orang sehingga mencetuskan kemarahan ramai.
Dalam satu hantaran yang dibuat, wanita berkenaan dengan selamba memberi pesanan dan nasihat kepada golongan isteri yang menurutnya perlu lebih peka terhadap perlakuan suami masing-masing.
“Kalau suami post gambar bersama famili awak kemudian tiba-tiba dia padam semula, kemungkinan sebab ada wanita lain (skandal) yang cemburu,” katanya.
Lebih mengejutkan, dia turut berkongsi kisah teman lelakinya berstatus suami orang yang memadam gambar bersama isterinya selepas ditegur.
“Teman lelaki saya padam gambar isteri dia lepas saya cakap mereka nampak bahagia bersama dan dia tak perlukan saya dalam hidup dia,” dedah wanita berkenaan tanpa segan silu.
Walaupun tidak diketahui identiti wanita tersebut, perkongsiannya telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam keras tindakan dan cara dia berfikir.
Warga maya yang menganggap wanita tersebut sebagai tidak bermoral dan bangga menjadi perosak rumah tangga orang lain.
Malah, wanita itu turut dianggap tiada nilai di mata pemuda bujang, justeru terpaksa menjadi penyondol kerana hanya ‘laku’ dalam kalangan lelaki sudah berkahwin.
“Maaf nak tanya, penyondol suami orang ni memang tak laku ye? Tak ada jantan bujang nak dingurat? Selalu dapat suami orang sebab tak laku dek jantan bujang je kan.
“Selalu perempuan jenis ‘senang’ ni tak laku jadi mudah je kena pancing dengan suami orang. Yang wanita cantik ni pening kepala banyak lelaki bujang kejar,” ujar seorang netizen.
Bukan itu sahaja, segelintir warganet turut menyuarakan simpati terhadap wanita itu yang dilihat terlalu mudah ditipu dan dimanipulasi lelaki berstatus suami orang.
“Bangga jadi penyondol… sedangkan jantan tu nak gunakan kau je. Kalau betul dia dah tak sayang isteri dia, sudah lama dia tinggal lepas tu kahwin dengan kau.
“Tapi tak pun… dia cari kau sebab dia bosan je. Tak sedar diri tu murah macam pelacur. Perasan orang sayang pula. Kasihan hidup kau,” ujar seorang netizen lagi.