“Bini dia pulak kawan saya” – Isteri luah rasa kecewa, suami kantoi dengan laki orang

“Bini dia pulak kawan saya” – Isteri luah rasa kecewa, suami kantoi dengan laki orang

 

“Bini dia pulak kawan saya” – Isteri luah rasa kecewa, suami kantoi dengan laki orang

Setiap pasangan yang berumah tangga pasti mengimpikan kehidupan bahagia, tetapi tak semua impian itu jadi kenyataan.

Antara perkara paling pahit untuk ditelan jika berlaku masalah dalam perkahwinan pastinya pasangan berlaku curang.

Kes suami curang bersama wanita lain memang menyakitkan, tetapi selingkuh kerana menjalinkan hubungan dengan lelaki semestinya sukar diterima oleh isteri.

Kaunselor rumah tangga, Sarah Zainal berkongsi mesej yang diterimanya oleh seorang isteri yang bersuamikan seorang lelaki gay.

“Saya kahwin dengan H lebih setahun dan hubungan kami suami isteri adalah jarak jauh (PJJ). Pelik suami tidak pernah peluk dan cium saya. Lagi pelik hubungan intim pun kurang.

“Kadang tak menjadi sebab ‘senjata’ tak hidup. Setiap kali nak berbincang H selalu elak. Kalau jawab pun mesti bergaduh sebab H anggap saya nak cari pasal,” demikian mesej wanita itu kepada Sarah.

Menurut wanita itu, suaminya mempunyai seorang sahabat lelaki dan dia sedar hubungan persahabatan mereka yang ‘terlebih akrab’ membuatkan dirinya sebagai isteri berasa kurang selesa.

“Dari awal kahwin nama kawan baik asyik keluar dari mulut H. H siap pergi jumpa kawan baik, siap berjalan hingga ke negara seberang bersama keluarga tapi dia tak pernah beritahu.

“H niat nak pergi konvo teman baiknya, dalam masa sama tak nak gaduh dengan saya, jadi dia rahsiakan dan berpura-pura pergi bekerja. Hinggalah dia ‘kantoi’ dengan cara yang tidak boleh diterima,” katanya.

Tambah wanita itu, aktiviti songsang suaminya terbongkar selepas H berkenalan dengan seorang lelaki berstatus suami orang di aplikasi TikTok.

“Ada sembang lucah macam orang gay. H sampai minta nombor telefon lelaki tu nak hantar gambar. H hantar gambar dia dekat Thailand. Ditakdirkan pula lelaki tu pun dah kahwin dan kantoi dengan bini dia.

“Sangat-sangat tak sangka, bini lelaki tu adalah kawan saya. Akhirnya gambar kat Thailand tu sampai kat saya. Saya mungkin boleh maafkan tentang dia jumpa teman baiknya, tapi tak mungkin dapat lupa perbualannya dengan suami kawan saya,” kata wanita itu lagi.

Akibat terlalu kecewa wanita itu memohon untuk berpisah dengan lelaki berkenaan.

Luahan wanita bersuamikan lelaki gay

“H tidak telefon atau datang untuk betulkan keadaan, hanya mesej minta maaf. Bila saya ulang nak undur diri, H terus sambut. Semoga Allah buang segala rasa sayang ni,” katanya.

Sementara itu, Sarah berkata dia amat bersimpati dengan nasib wanita berkenaan.

“Awak tak salah apa pun cuma awak bertemu dengan orang yang salah. Pasti ada hikmah di atas apa yang berlaku, moga melalui ujian ini, akan beri awak keberkatan dalam kehidupan.

“Moga nanti-nanti bila sudah benar sedia, Allah ganti dengan suami yang soleh, yang benar-benar menyayangi, melindungi dan mencintai,” tambahnya.

Sumber: mStar