Suami kantoi curang, isteri tak minta cerai tapi letak syarat penting

Suami kantoi curang, isteri tak minta cerai tapi letak syarat penting

 

Suami kantoi curang, isteri tak minta cerai tapi letak syarat penting

Mengetahui pasangan yang disayangi bermain kayu tiga cukup menyakitkan.

Namun wanita ini punya pendirian dan pandangan berbeza apabila memilih untuk terus berada dalam hubungan berumah tangga demi membesarkan sepasang anak kembar.

Kisah teladan itu diceritakan rakannya di aplikasi Thread.

“Apabila kawan dapat tahu suami dia curang. dia tak minta cerai. Tapi minta jangan ‘sentuh’ dia.

“Kawan saya tidur dengan anak-anak dia. Suami pun setuju. Nafkah semua suami dia bagi,” ujarnya dalam Threads.

Dakwa wanita itu lagi, sepanjang tempoh berkenaan si suami kepada rakannya tetap dengan perangai buruknya iaitu kaki perempuan.

Lantaran itu rakannya mengambil keputusan untuk berpisah memandangkan kedua-dua anaknya sudah berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah.

Malah anak-anak turut mendesak agar si ibu berpisah saja kerana mereka sudah dewasa dan mampu berdikari.

“Kawan saya kumpul kekuatan, hingga anak-anak habis belajar degree. Anak-anak suruh cerai je sebab mereka berdua pun dah besar dan akan bekerja.

“Laki dia dah tua, ada penyakit tapi tetap kaki betina. Kawan saya pun dah mati rasa (sayang)… bertahan hanya diam demi anak-anak.

“Akhirnya senyap-senyap pergi mahkamah dan bawa semua bukti. Suami dia pun mengaku semua tu tapi dalam masa sama kata masih sayang. Anak-anak jadi saksi kawan saya,” ceritanya lagi.

Tidak lama selepas itu wanita itu dan anak-anak berpindah keluar dari rumah memandangkan dia juga memiliki rumah sendiri.

Tetapi dikhabarkan bahawa bekas suami kepada sahabatnya itu kini hidup dalam situasi tidak tentu arah.

“Tak lama lepas bercerai talak satu, kawan saya dengan anak-anak dia keluar rumah.

“Tau apa jadi dengan bekas suami dia sekarang? Gila talak… macam orang gila dah. Masa isteri ada depan mata, perempuan lain yang dia cari. Apabila dah tak ada, tercari-cari.

“Mana skandal yang ramai-ramai tu? Semua hilang sebab kerja yang dah berpuluh tahun pun hilang. Duit dah tak ada. Apa yang berlaku ambil la sebagai pengajaran,” jelas wanita itu menutupi ceritanya.

Sumber: mStar