Suami ceraikan isteri, serahkan kepada teman lelakinya secara baik selepas kantoi curang

Suami ceraikan isteri, serahkan kepada teman lelakinya secara baik selepas kantoi curang

 

Suami ceraikan isteri, serahkan kepada teman lelakinya secara baik selepas kantoi curang

Rasa sedihnya sampai ke sini apabila melihat satu video tular seorang suami menyerahkan isterinya kepada teman lelaki wanita itu secara baik.

Lebih menyayat hati lagi, suaminya itu dilihat tenang semasa bersalaman dengan si teman lelaki itu sambil meninggalkan pesanan supaya menjaga isterinya baik-baik.

Dalam video tersebut kelihatan penduduk kampung yang turut hadir ke rumah lelaki berkenaan sambil menahan sebak.

Difahamkan, wanita tersebut ada menjalin hubungan intim bersama seorang lelaki berstatus bekas suami orang.

Disebabkan hubungan mereka telah terbongkar, si isteri itu dibawa ke rumah teman lelakinya sambil sisaksikan beberapa orang penduduk kampung sebelum menceraikan isterinya serta merta.

“Kau aku talak, aku pun tidak menyangka, kau tidak ada hak lagi, kau aku cerai, ujar si suami sambil menahan sebak.

“Aku serahkan isteri aku kepada kau ya, kau jaga dia baik-baik, jangan sampai kau melakukan hal yang tidak diinginkan,” pesan si suami kepada teman lelaki bekas isterinya.

“Nikahilah dia dengan tanggungjawab zahir dan batin.”

Selepas lafaz cerai dilakukan, si isteri dilihat menangis teresak-esak dan teman lelakinya meminta maaf atas perbuatan yang dilakukan dan mereka dilihat berpelukan.