“Umur awak tua tapi dalaman sihat” – Suami puji tenaga dimiliki Bonda Rozita

“Umur awak tua tapi dalaman sihat” – Suami puji tenaga dimiliki Bonda Rozita
Suami usahawan sensasi Rozita Ibrahim secara terbuka memuji tenaga dalaman dimiliki isterinya seperti wanita muda.
Menurut Aidiamin Ahmad, usaha Rozita atau Bonda Rozita, 61, yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat selama ini memberi kesan kepada kesihatan dalamannya.
“Dari sudut pandang kesihatan, umur tidak penting, yang mustahak adalah kesihatan dalaman diri kita.
“Memang tak dinafikan, awak mengamalkan gaya hidup sihat. Pemakanan juga ikut nisbah yang sihat.
“Umur awak tua, tapi dalaman awak sihat. Tenaga dimiliki juga bagus. Awak mampu berjoging selama dua jam,” katanya.
Aidiamin berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung bersama Rozita di TikTok miliknya.
Lebih mencuri perhatian ramai apabila Aidiamin memberitahu tenaga dimiliki Rozita tidak sepadan dengan usianya ketika ini.
Malah dia juga berpendapat Rozita sesuai mencari pasangan yang sihat sebagai peneman hidup.
“Kesihatan awak sangat bagus macam tak sesuai dengan umur awak.
“Kalau awak cari jodoh, awak tidak sesuai dengan lelaki yang tidak sihat.
“Tidak kisahlah umur di bawah dari awak, tapi kalau tidak sihat tak guna,” ujarnya.
Untuk rekod, Rozita secara terbuka berkongsi perkahwianannya bersama Aidiamin pada 16 Mac lalu.
Pendedahan itu dibuat selepas kecoh di media sosial mendakwa Rozita bertemu cinta baharu selepas sosok seorang Lelaki berkumis tebal muncul di belakang wanita itu ketika mempromosikan produk secara langsung di media sosial di dalam bilik hotel.