“Staff accident, bukan buat show” – Dituduh sombong sebab tak layan diajak bergambar, ini respon Achey

“Staff accident, bukan buat show” – Dituduh sombong sebab tak layan diajak bergambar, ini respon Achey

 

Penyanyi dan pelawak, Achey memberikan respon terhadap dakwaan netizen yang menganggap dirinya sombong ketika terserempak di sebuah hospital menerusi video di TikTok.

Menerusi video tersebut, netizen tersebut memaklumkan dia berasa kecewa kerana sudah beberapa kali memanggil Achey untuk bergambar namun tidak dilayan.

Tadi jumpa awak (Achey) di sebuah hospital di Kuala Pilah, kami panggil nak ajak bergambar tapi siapalah kami ini kan?

Membalas kepada komen tersebut, pelantun lagu ‘Sakit’ ini menjelaskan bahawa ketika itu dia berada dalam kecemasan di mana perlu menguruskan pekerja yang terlibat dengan kemalangan.

Mana yang dulu, saya dulukan.  Perkara kecemasan, bukannya saya datang situ (hospital), saya buat show.

Saya datang sebab pekerja saya kemalangan, jadi saya kena uruskan semua benda.

Minta maaf kalau saya terlepas pandang ya.

@achey_kintangkintung

Replying to @Bobchew crawler ampun kak.. sebagai majikan kena uruskan banyak benda.. dia keluar dengan saya plak.. tak manis kalau saya tak fokus pada staff saya .. kepala pun bercelaru dah😅

♬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam individu tersebut sambil menyifatkannya sebagai seorang yang tidak mempunyai ‘common sense’.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang lain memaklumkan Achey merupakan seorang selebriti yang sangat baik dan sporting di mana dia tidak pernah menolak permintaan peminat untuk bergambar.