Siti Jamumall bangga Aiman Tak Kesah pandai masak, bancuh susu anak

Siti Jamumall bangga Aiman Tak Kesah pandai masak, bancuh susu anak

 

Usahawan yang juga pempengaruh, Siti Jamumall bangga suami pandai masak meskipun baru sahaja berusia 21 tahun.

Perkongsian Siti Jamumall atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahiddin, 25, di platform TikTok itu mendapat perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut, dilihat Siti berkongsi suami yang baru dinikahi, Aiman sedang melakukan kerja rumah termasuk memasak dan mengemas rumah.

Lebih menarik perhatian, Aiman juga dilihat tidak kekok menjaga anak-anak di rumah sementara Siti sedang berada di luar atas urusan kerja.

Melihat kepada kesungguhan Aiman, Siti Jamumall memuji suaminya yang dahulunya ‘manja’ kini bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai bapa dengan baik.

“Terima kasih jagakan anak. Dulu Aiman ni anak bongsu, manja tapi sekarang ni auto jadi bapa. Beli 1 percuma 2, kahwin lagi dengan janda.

“Tapi saya bangga lah, dia boleh buat susu untuk anak. Siapa kata umur 21 tak boleh jadi matang. Usia itu hanyalah angka ya,” katanya.

@sitijamumall

@AIMAN TAK KESAH comel nya abiy ni🩷 maceh tolong jagakan anak2

♬ original sound – sitijamumall – sitijamumall

Rata-rata warganet akui suka melihat kemesraan yang terjalin terutama hubungan Aima dan anak-anak Siti hasil daripada pengetahuan terdahulu.

Mereka juga memuji sikap matang Aiman meskipun berkahwin pada usia yang muda.

Sekadar info, Siti dan Aiman berkahwin di Satun, Thailand pada 1 Jun lalu.

Siti sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai dua tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3 tahun.