“Sia-sia masuk ke universiti, selepas itu ke tali gantung” – Pesan Tengku Ampuan Pahang

“Sia-sia masuk ke universiti, selepas itu ke tali gantung” – Pesan Tengku Ampuan Pahang

 

Kes pembunuhan Zulfarhan Osman memberi impak yang besar terhadap seluruh rakyat Malaysia dan sudah pastinya menjadi pengajaran buat ramai orang.

Terbaru, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menasihatkan semua penuntut universiti supaya mengambil iktibar terhadap kes buli yang berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tujuh tahun lalu sehingga pelakunya ke tali gantung.

Tunku Azizah mengutuskan pesanan itu dalam Majlis Bai’ah atau Lafaz Ikrar Pelajar Baharu di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gambang, Pahang.

“Saya mengambil kesempatan untuk menasihatkan semua anak-anak yang baru masuk ini kerana baru-baru ini anda semua telah baca dalam surat khabar mengenai apa yang telah terjadi tujuh tahun lalu di UPNM, jadi saya harap ambillah iktibar apa yang telah terjadi.

Kerana sia-sia sahaja awak masuk ke universiti dan selepas itu ke tali gantung kerana tidak fikir apa yang awak buat itu akan memusnahkan diri awak sendiri,” titah baginda.

@kesultanan.pahang

KDPB Tengku Ampuan Pahang berkenan berangkat ke Majlis Bai’ah UIAM KUANTAN 25 Julai 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Bai’ah atau Lafaz Ikrar Pelajar Baharu di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gambang di sini hari ini. Paduka Baginda yang juga Ketua Perlembagaan UIAM ketika bertitahkan turut menzahirkan ucapan tahniah kepada seramai 5,066 pelajar baharu yang mendaftar bagi sesi pengajian 2024/2025 di dua kampus Pusat Asasi UIAM iaitu di Gambang dan Kuantan. Paduka Baginda dalam titah ucapan turut menasihatkan para pelajar agar mengambil iktibar daripada kejadian buli yang berlaku di sebuah universiti awam di negara ini tujuh tahun lalu sehingga menyebabkan pelakunya ke tali gantung. “Saya mengambil kesempatan untuk menasihatkan semua anak-anak yang baru masuk ini kerana baru-baru ini anda semua telah baca dalam surat khabar mengenai apa yang telah terjadi tujuh tahun lalu di UPNM.. jadi saya harap ambillah iktibar apa yang telah terjadi. “Kerana sia-sia sahaja awak masuk ke universiti dan selepas itu ke tali gantung kerana tidak fikir apa yang awak buat itu akan memusnahkan diri awak sendiri,” titah baginda. – KESULTANAN PAHANG #kesultananpahang #tengkuampuanpahang #tunkuazizah #iium #fyp #2024 #upnm

♬ original sound – Kesultanan Pahang – Kesultanan Pahang

Dalam pada itu, Tunku Azizah turut sempat menzahirkan ucapan tahniah kepada seramai 5,066 pelajar baharu yang mendaftar bagi sesi pengajian 2024/2025 di dua kampus Pusat Asasi UIAM iaitu di Gambang dan Kuantan.