“Macam tak kena pula” – Shuk Sahar akui tak pernah rapat dengan Man Raja Lawak, pelik dituduh sombong
“Macam tak kena pula” – Shuk Sahar akui tak pernah rapat dengan Man Raja Lawak, pelik dituduh sombong
Pelawak, Shuk Sahar menafikan dakwaan Man Raja Lawak yang mengatakan dirinya sombong dengan pelawak itu ketika berada di puncak dan hanya mula berbaik dengannya ketika di fasa kejatuhan.
Menerusi sesi podcast Dol’s Podcast yang dikendalikan bersama Fizie Roslan, Mamat dan Shuib, Shuk akui agak pelik dengan kenyataan Man itu kerana dia tidak pernah mempunyai hubungan rapat bersama Man.
Bila Man cakap, ‘Dulu time Shuk tengah ‘high’, tengah ada job pandang aku pun tak nak. Masa dah jatuh baru nak baik-baik dengan dia (Man)’.
Sejujurnya aku cakap ketika aku berada di ‘tempat’ yang tinggi atau pun ‘down’, aku memang tak rapat dengan Man.
Jadi aku macam sedikit mempersoalkanlah bila masa aku ‘tinggi’ tak layan dan bila rendah aku baru layan dia?
Jelas Shuk atau nama lengkapnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, dia akan berkawan dengan sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan.
Aku ini bukanlah orang yang baik pun dan tak bestlah nak bercerita tentang aku tapi kalau aku berkawan dengan orang, aku tetap sama walaupun aku tengah tinggi ke atau berada di bawah.
Jadi, bila Man cakap macam itu aku macam pelik, ‘Bila time susah aku ada call dia ke? Aku ada cari dia ke?’. Aku tertanya-tanya lah kat situ.
Dalam pada itu, pelawak berusia 38 tahun ini turut terkejut dengan Man yang mendoakannya untuk meninggal dunia di Makkah.
Lepas itu ada juga ‘lawak’ dia yang mendoakan aku mati di Makkah. Aku macam, ‘Alamak macam tak kena lah pula’.
Tapi setakat ini tak ada apalah antara kitorang.
@dolspodcast Man cakap Shuk bila dah ada dekat atas sombong dengan dia, padahal Shuk memang tak pernah rapat pun. Layan Episod 48, 9 MALAM di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. 🔥 @shuibsepahtu @shuksahar @Fizie Roslan @Mamatsepah_Nana #DolsPodcast
Terdahulu, menerusi sesi podcast yang sama, Man mencuri perhatian apabila mendakwa Shuk tidak begitu berkawan dengannya ketika berada di puncak namun hanya mula berkawan ketika berada di fasa kejatuhan.