Boleh beli ikan & lampin pakai buang, Shima ‘Teringin’ lebih selesa live di TikTok

Boleh beli ikan & lampin pakai buang, Shima ‘Teringin’ lebih selesa live di TikTok

 

Boleh beli ikan & lampin pakai buang, Shima ‘Teringin’ lebih selesa live di TikTok

Selepas sekian lama tidak menerima undangan nyanyian, penyanyi Shima menjadikan aplikasi TikTok sebagai medan untuknya mencari rezeki.

Tidak menjual barang sebaliknya Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman, 55, meraih pendapatan dengan menyanyi secara langsung menerusi aplikasi popular berkenaan.

“Setiap malam jika ada kelapangan saya akan buat live di TikTok. Saya anggap live di TikTok sebagai satu pekerjaan dengan menghiburkan pengikut dan mereka akan memberi ‘gift’.

“Tidaklah kaya pun sebab saya hanya menyanyi bukan menjual barang. Saya mencari rezeki di situ. Alhamdulillah dapat membantu saya menjana pendapatan.

“Lepaslah untuk saya beli keperluan harian seperti ikan dan lampin pakai buang. Saya seronok dan bersyukur bukan saya sahaja tetapi ramai rakan-rakan seangkatan juga aktif di platform ini,” ujar Shima.

Berkongsi tentang status kesihatannya, Shima yang sebelum ini pernah tular kerana menghidapi sakit tulang belakang (slip disc) dan lemah pundi kencing mennjelaskan dia masih bergantung kepada ubat-ubatan.

Kini, meskipun nampak sihat, penyanyi yang popular dengan lagu Teringin itu juga menghidapi bronkitis.

“Saya nampak okey tetapi sebenarnya tengah menanggung sakit. Dulu saya berniaga makanan tetapi disebabkan slip disc doktor tidak menyarankan saya melakukan kerja-kerja yang berat,” kata Shima.

Dalam pada itu, Shima sempat meluahkan rasa kecewa apabila sering diberi janji kosong untuk membuat persembahan pentas.

Walaupun dalam keadaan sakit, Shima masih mencintai bidang muzik dan masih boleh menyanyi dengan baik.

“Ada yang mesej di TikTok dan di WhatsApp untuk persembahan pentas tetapi semua hanyalah janji kosong.

“Saya tidak sukalah begitu, jangan beri harapan pada orang,” tutur Shima.