Penyanyi Sheqal meninggal dunia dalam tidur

Penyanyi Sheqal meninggal dunia dalam tidur

 

Penyanyi Sheqal meninggal dunia dalam tidur

Penyanyi Sheqal menghembuskan nafas terakhir dalam tidur di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban jam 12.31 tengah hari ini.

Berita pemergian penyanyi lagu Cinta Nusantara itu dimaklumkan isterinya, Normah Mohd Yusoff, 58, ketika dihubungi BH Online.

“Ya, arwah meninggal dunia di hospital. Tapi, arwah menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan dengan tenang dan dalam tidur,” katanya dalam nada sebak.

Normah berkata, jenazah sedang diuruskan di hospital dan akan dikebumikan di kampung halamannya di Raub, Pahang.

“Arwah akan dibawa dikebumikan di kampungnya di Raub,” katanya.

Sheqal atau nama sebenarnya, Shaharim Salehuddin, 60, dimasukkan ke HTJ pada 4 Jun lalu dan ditidurkan pada 6 Jun.

Menerusi perkahwinan dengan bekas isteri, Raja Ema, Sheqal dikurniakan dua anak lelaki, Putera Ammar dan Putera Al‑Kasyah.

Manakala perkahwinan dengan Norma dikurniakan sepasang anak iaitu Muhammad Fatullah Shaharim, 21, dan Ummu Hani Shaharim, 20.