“Dah melampau” – Shahrol Shiro buat laporan polis terhadap dua individu termasuk Harith Iskander
“Dah melampau” – Shahrol Shiro buat laporan polis terhadap dua individu termasuk Harith Iskander
Pelawak Shahrol Shiro telah membuat laporan polis ke atas seniornya dalam bidang yang sama, Harith Iskander.
Ini selepas Harith didakwa cuba mempersendakan isu berkaitan dengan agama.
Shahrol menulis di Facebook miliknya: “Sebagai pelawak tidak semua sudut pandang boleh dijadikan bahan lawak kita. Adakala kita patut lebih sensitif lebih lagi melibatkan agama kita.”
Shahrol kemudian menyatakan dia terkilan dengan komen yang dilontarkan segelintir pihak di hantaran Harith Iskander itu yang jelas sekali cuba bermain dengan isu sensitiviti agama.
Dia menambah: “Apabila saudara Harith Iskander membuka ruang agama dijadikan satu bahan yang boleh dipersenda maka pengikut juga akan ikut serta dengan meninggalkan komentar mempersenda agama kita.
“Perkara ini sudah melampau dan satu laporan polis akan dibuat mengenai perkara ini.”
Lantas dia membuat laporan polis ke atas seorang lagi individu bernama Cecelia Yap yang meninggalkan komen yang sangat tidak sopan tentang Nabi Muhammad.
Netizen bengang dan mengingatkan Cecelia agar tidak sesekali bermain dengan nama nabi Muhammad.
Tindakan Shahrol itu mendapat sokongan daripada ramai pihak. Kerana menurut mereka perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku.
Bagi mereka, Shahrol Shiro sudah menunaikan tanggungjawabnya. Selebihnya terserah kepada pihak berkuasa untuk menentukan tindakan ke atas individu yang terbabit.
Sebelum ini Harith Iskander telah membuat lawak tentang perkataan ‘Ham’ dan menegaskan bahawa dia menjadi keliru melihat Ham Sap Kopi. Sindiran kepada kes melibatkan ham yang tidak halal baru baru ini dijual di sebuah premis.
Harith menulis: “Saya sangat keliru. Imam saya tergugat. Kopi ini akan membuatkan saya menyimpang dalam banyak cara.
“Bukan sahaja cuba menarik saya untuk menjadi hamsap, juga mengelirukan saya dengan perkaan ‘ham’ di dalamnya.
“Ini untuk minum atau makan? Saya harus membuat laporan polis kerana saya sangat lemah dan hilang keupayaan menggunakan logik akal.
“Ada sesiapa lagi yang keliru?”