Individu terkejut sewa rumah tiba-tiba naik RM400, ejen kata arahan ‘owner’

Individu terkejut sewa rumah tiba-tiba naik RM400, ejen kata arahan ‘owner’

 

Individu terkejut sewa rumah tiba-tiba naik RM400, ejen kata arahan ‘owner’

Seorang penyewa berasa tidak adil terhadap situasi yang berlaku kepada dirinya yang selama ini menyewa rumah dengan kadar rendah.

Menerusi satu hantaran di Facebook, individu ini berkata dia menyewa kediaman tersebut dengan menggunakan khidmat ejen sebagai orang perantaraan dengan pemilik.

Namun, dia mula merasakan sesuatu tidak kena dengan tindakan ejen tersebut memandangkan dia tidak berurusan secara terus dengan pemilik rumah.

“Nak tanya macam mana nak buat dengan ejen sewa rumah tiba-tiba naikkan harga sewa rumah RM400

“Saya tinggal (menyewa) tak sampai dua tahun lagi. Katanya tuan rumah yang minta. Tak tahu la betul ke tidak owner yang minta,” jelasnya.

Disebabkan kadar sewa tiba-tiba mahu dinaikkan tanpa alasan kukuh, dia mula terfikir tindakan itu bertujuan untuk mengusir dirinya keluar dari rumah berkenaan.

Katanya, dengan cara ini ejen boleh mendapat keuntungan daripada penyewa baharu.

“Kadang-kadang saya terfikir ejen buat macam tu supaya penyewa sekarang keluar.

“Bila penyewa baru masuk, dia boleh dapat komisyen satu bulan dari harga sewa rumah.

“Tak aniaya penyewa ke macam tu?” katanya.

Hantaran lelaki itu di grup Tanya Peguam meraih pelbagai komen dan pendapat netizen.

Rata-rata warga maya menasihatkan penyewa agar membaca kontrak terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk menandatangani perjanjian.

“Cuba semak persetujuan dengan dapatkan info tentang tuan rumah. Cuba hubungi tuan rumah terlebih dahulu.

“Sekiranya pemilik serahkan segalanya kepada ejen, kemudian boleh lapor ejen tu dekat agensi dia.

“Kalau tak ada tindakan, buat aduan dekat institusi yang berkaitan,” antara komen netizen.