Beri isteri RM50 setiap bulan untuk melawa, lelaki rasa mampu nak kahwin dua
Beri isteri RM50 setiap bulan untuk melawa, lelaki rasa mampu nak kahwin dua
Seorang suami berharap duit bulanan yang diberikan kepada isteri dapat digunakan untuk menjaga penampilan agar tidak bosan dipandang.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang suami dilihat mengeluh dengan keadaan isterinya yang tidak lagi ‘sexy’ selepas dua tahun hidup bersama.
Ujarnya, dia memberi duit bulanan kepada isteri sebanyak RM50 namun tiada sebarang usaha untuk mencantikkan diri.
Aku baru kahwin 2 tahun dengan isteri.
Tahun pertama memang bahagia.
Masuk tahun kedua selepas isteri aku beranak anak pertama, aku jadi macam bosan.
Lagi-lagi aku tengok dia tiada langsung usaha nak jaga badan.
Tiap-tiap bulan aku bagi dia RM50.
Berkongsi lebih lanjut, individu tersebut berniat untuk mencari seorang lagi sebagai isteri kedua kerana mampu dari segi kewangan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan keyakinan yang dimiliki individu terbabit untuk berkahwin dua.
Selain itu, warganet turut memberitahu RM50 tidak mencukupi untuk seorang wanita menjaga luaran dan dalaman.