Hampir setahun tak datang kerja, mayat guru wanita ditemui mereput dalam rumah

Hampir setahun tak datang kerja, mayat guru wanita ditemui mereput dalam rumah

 

Hampir setahun tak datang kerja, mayat guru wanita ditemui mereput dalam rumah

Bau busuk yang dihidu dari sebuah rumah di Bandar Selesa Jaya, di sini membongkarkan penemuan mayat guru wanita baru-baru ini.

Mayat mangsa, Lo Kwan Fong, 39, ditemukan dalam keadaan mereput di dalam rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, jiran mangsa tampil membuat laporan pada pukul 8 malam di Balai Polis Nusa Bestari, Khamis lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tinggal seorang diri dan dipercayai meninggal dunia kira-kira sebulan lalu.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pakar forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru mendapati punca kematian mangsa ‘unascertained’ (advance decomposition),” katanya dalam satu kenyataan.

KWAN FONG ditemui meninggal dunia kira-kira sebulan dan mayatnya telah mereput disedari jirannya selepas terhidu bau busuk dalam kejadian di Bandar Selesa Jaya, Iskandar Puteri, Khamis lalu.

Menurut beliau, siasatan mendapati mangsa belum berkahwin dan bertugas di sebuah sekolah di Taman Tunku Aminah, di sini.

Mangsa dilaporkan tidak datang bertugas sejak 24 September 2024.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut berikutan tiada unsur jenayah dikesan dalam kematian mangsa. Kita sedang mengesan waris si mati,” ujarnya.