Netizen kongsi set ‘hujung bulan’ yang berbaloi, semurah RM10 sahaja
Netizen kongsi set ‘hujung bulan’ yang berbaloi, semurah RM10 sahaja
Apabila sudah selesai segala komitmen dan tunggakan, biasalah buat orang ramai mencari set hujung bulan sementara nak tunggu gaji masuk pada bulan tersebut.
Rupanya ramai tidak mengetahui terdapat beberapa restoran terkemuka yang sedia menawarkan menu bajet yang boleh didapatkan buat kita yang sesak apabila berada di penghujung bulan.
Baru-baru ini, seorang pengguna X bernama @sofeachipscake berkongsi tentang Bakers Cottage yang sedia menawarkan satu set makanan lengkap pada harga RM10 sahaja.
Ini termasuklah nasi ayam, hotdog dan juga manisan tart telur sebagai pelengkapnya.
“Terima kasih Bakers Cottage kerana wujud. Kini dapat makan semua ni pada harga RM10 waktu hujung bulan adalah satu nikmat”, ciapannya.
Hantaran wanita itu langsung mendapat perhatian dan menariknya ada sebahagian netizen lain yang memberi cadangan menu ‘hujung bulan’ dari beberapa rangkaian restoran terkemuka yang mana ramai tidak ketahui selama ini.
“Set lain yang saya suka beli adalah KFC Hari-Hari Jimat”, kongsi seorang netizen.
Berdasarkan informasi yang kami dapat berkenaan ini, kempen set KFC Hari-Hari Jimat dijalankan sehingga 3 Disember 2024 dengan menawarkan nasi lemak combo bersama ayam dan air Coke pada harga bawah RM10 sahaja namun terhad di kawasan-kawasan terpilih.
Selain itu, ada netizen lain yang berkongsi tentang nasi set jimat dari Marry Brown yang berharga RM9.90 sahaja.
“Semlm saya makan nasi set jimat . Nasi ayam kari Marry brown RM9.90. Ada nasi, ayam, kuah kari dan air segelas”, kongsi seorang lagi.
Satu cadangan lain yang dikongsikan oleh pengguna juga adalah menu rice bowl dari Texas yang berharga RM7 sahaja dan menariknya boleh dapat air percuma jika beli pada pukul 1 petang sehingga 3 petang.
Dalam pada itu, sebahagian netizen turut meluahkan rasa terkejut kerana baru sedar tentang kewujudan set makanan bajet atau digelar set hujung bulan dari restoran terkemuka yang selama ini tidak diketahui umum.