Wanita dakwa dipaksa bayar caj servis kereta Bezza lebih RM800

Wanita dakwa dipaksa bayar caj servis kereta Bezza lebih RM800

 

Wanita dakwa dipaksa bayar caj servis kereta Bezza lebih RM800

Ramai yang mengetahui kepentingan membuat servis mengikut waktu yang ditetapkan tetapi masih kena ‘sembelih’ dengan sesetengah  staf tidak bertanggungjawab berkaitan caj servis yang dikenakan dek tidak mahir berkaitan automotif.

Seorang pelajar wanita telah menyoal netizen di platform Threads adakah logik dikenakan caj servis kereta Bezza X miliknya mencecah hampir RM1,000menerusi sebuah pusat servis di Jalan Klang Lama.

“Salam semua, logik ke hantar servis kereta untuk 10,000km dgn harga RM879.20 untuk Bezza X?”, soalnya kepada yang berpengalaman atau mahir berkaitan caj servis kereta tersebut.

Difahamkan mileage keretanya baru sahaja menjejak 6,000KM, tetapi staf tanpa sebarang perbincangan langsung memberikan jumlah keseluruhan caj yang dikenakan untuk servis kali keduanya.

Walaupun berkeras hanya mahu melakukan servis yang wajib sahaja, dia telah dimaklumkan ‘semuanya wajib’ dilakukan seperti yang tertera atau boleh menyebabkan warantinya terbatal.

Dia juga menyertakan butiran bayaran yang dikenakan serta penyata harga daripada skrin staf tersebut. Bahkan, dia terpaksa membayar beberapa komponen yang tidak perlu berharga RM83.20.

staf

Sampai tahap dia terpaksa berulang dua kali ke staf untuk mendapatkan kepastian berkenaan jumlah caj servis tersebut.

Tetap jawapan yang diterima masih sama bahkan menegaskan itulah bayaran caj yang dikenakan kepada semua pelanggan sebelum ini.

Mahu tak mahu, dia pun membayar jua dengan jumlah yang diberikan pada penyata harga dan bila bertanya semula kepada ahli keluarga dan kawan barulah tahulah dirinya telah ditipu oleh staf di pusat servis terbabit.

Malah, dia mendedahkan pernah dikenakan caj servis sebanyak RM83.20 dengan alasan wajib dilakukan meskipun di laman web rasmi mendedahkan servis tersebut sepatutnya percuma sahaja.

Dia menyoal lagi adakah kelewatan membuat servis pada 10,000 km bakal dikenakan terus caj servis seperti pada mileage 20,000KM.

Perkongsian wanita itu langsung menjadi perhatian dan rata-ratanya bersetuju yang dirinya telah dianaiya oleh staf yang tidak bertanggungjawab itu yang dipercayai mahu mengaut keuntungan mudah.

Sebahagia netizen menasihati wanita tersebut untuk membangkitkan perkara itu kepada ibu pejabat Perodua dalam mendapatkan keadilan dan maklumat terperinci berkaitan caj servis keretanya.

Tidak hanya sekadar itu, ramai juga berkongsi mengalami perkara yang sama sewaktu mendapatkan servis di cawangan tersebut.

Kemas kini terbaharu, dia memaklumkan telah dihubungi oleh pusat servis tersebut dan ditawarkan baucar bagi menutup mulut barangkali.

Bagaimanapun, dia menolak tawaran itu dan masih menunggu respon dari ibu pejabat berkaitan isu tersebut.