Sering bawa watak jahat, peniaga enggan jual kuih pada Pablo Amirul

Sering bawa watak jahat, peniaga enggan jual kuih pada Pablo Amirul

 

Pelakon Pablo Amirul berkongsikan pengalaman lucu semasa berada di Terengganu apabila seorang peniaga wanita enggan menjual kuih kepadanya.

Memetik mStar Online, Pablo berkata ianya perkara yang tidak dapat dilupakan kerana peniaga berkenaan tidak mahu menjual kuihnya kerana terkesan dengan watak jahat dilakonkannya.

“Takkan saya lupakan di Bandar Permaisuri, Terengganu… bila saya nak beli kuih tapi mak cik tu tak nak jual sebab jahatnya saya dalam televisyen (TV) tu yang terbawa-bawa sampai realiti tak nak jual langsung pada saya,” katanya.

Menurut Pablo lagi, dia tidak marah dengan apa yang berlaku sebaliknya meminta dua orang rakannya untuk memborong kuih-muih berkenaan.

“Tapi tidak mengapa saya minta tolong dua orang rakan saya beli bagi pihak saya, borong semua dengan ucapan terakhir… mak cik orang jahat tadi yang beli. Sudah tentu selepas itu mak cik itu tersenyum sebab tak sangka orang jahat beli kuih dia,” katanya.