Seluar jeans ‘vintage’ dijual harga lebih RM300,000

Seluar jeans ‘vintage’ dijual harga lebih RM300,000
Sepasang jeans “vintage” jenama Levi’s dari tahun 1880-an telah dilelong dalam satu acara lelongan di New Mexico pada 2022 lalu.
Jeans itu berjaya dijual pada harga AS$76,000 (sekitar RM339,568).
Masih dalam keadaan ‘boleh dipakai’, jeans itu ditemui bertahun-tahun lalu di sebuah lombong emas terbiar di kawasan barat Amerika Syarikat (AS).
Pembeli jeans tersebut, Kyle Haupert, seorang peniaga pakaian vintaj dari San Diego, meluahkan rasa terkejut selepas berjaya memilikinya.
“Saya masih bingung dan tidak percaya saya membelinya,” katanya kepada Wall Street Journal.
Setelah ditambah dengan kos premium pembeli, harga keseluruhan jeans ini mencecah AS$87,400 (sekitar RM390,503.20).