Selepas pendedahan penduduk dan peniaga Indonesia, sebenarnya barangan Malaysia lebih murah, rakyat je tak tahu bersyukur

Selepas pendedahan penduduk dan peniaga Indonesia, sebenarnya barangan Malaysia lebih murah, rakyat je tak tahu bersyukur

 

Penduduk dan peniaga Indonesia di Pulau Sebatik dilaporkan gemar membeli barangan dari Malaysia untuk keperluan harian mereka kerana harganya jauh lebih rendah berbanding yang terdapat di wilayah Indonesia.

Pulau itu yang terletak berhampiran Tawau, Sabah, terbahagi kepada dua wilayah dengan bahagian selatannya dimiliki Indonesia membabitkan Kalimantan Utara, manakala bahagian utaranya milik Malaysia.

Pemilik kedai makan yang terletak lima meter dari garis sempadan, Muliyati mengaku kerap membeli beras dari Malaysia untuk keperluan perniagaannya.

“Lebih mudah dan murah untuk dapat dari Malaysia… beras 10 kilogram (kg) di Tawau berharga RM27.60, iaitu sekitar 90,000 rupiah, tidak sampai 100,000 rupiah pun… sedangkan di sini (Indonesia), sekitar 130,000 rupiah,” katanya dipetik portal berita tempatan, detikFinance.

Penduduk di sempadan juga memilih untuk membeli barang keperluan asas lain seperti minyak masak, sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan sejuk beku, dari Malaysia.

Petani dan pekebun kecil turut menjual produk pertanian seperti pisang, kelapa sawit dan getah ke Malaysia berbanding kawasan lain di Indonesia, kerana faktor kos penghantaran.

Menurut detikFinance, pemilik kedai runcit yang terletak hampir dua kilometer dari sempadan, Nila, berkata, kebanyakan kedai menjual produk Malaysia kerana mendapat permintaan yang tinggi.

“Produk Malaysia lebih laris kerana lebih murah,” katanya sambil menambah bahawa bekalan diperoleh dari Tawau melalui tempahan dalam talian menggunakan telefon bimbit dan dihantar kapal Indonesia.

Permintaan terhadap barangan Malaysia seperti minyak masak itu adalah disebabkan harganya yang murah sekitar 16,000 rupiah, berbanding kira-kira 20,000 rupiah di Indonesia.

Sementara itu Timbalan Pegawai Daerah Nunukan di Kalimantan Utara, Hanafiah, menjelaskan cabaran utama dihadapi Pulau Sebatik ialah akses logistik yang memicu harga produk Indonesia menjadi lebih tinggi berbanding barangan Malaysia.

“Jika pemerintah boleh membantu menyelesaikan isu keperluan asas dan lain-lain dalam kuantiti yang mencukupi, maka penduduk tidak akan mempunyai pilihan.

“Namun jika ini tidak dapat dipenuhi, mereka akan mencari alternatif di tempat lain. Pembelian keperluan asas tidak boleh ditangguh,” katanya.