Sediakan puluhan botol sabun basuh tangan, pemilik kedai makan ini dipuji netizen

Sediakan puluhan botol sabun basuh tangan, pemilik kedai makan ini dipuji netizen

 

Umum ramai mengetahui setiap kali kita mahu cuci tangan di kedai makan, pasti akan terkena scam di mana sabun basuh tangan ‘cair’ disebabkan sabun yang sudah tinggal sedikit ditambah air.

Bagaimanapun pengalaman sekumpulan gadis ini agak luar biasa apabila mereka menemukan sebuah kedai yang tidak scam dan menyediakan puluhan botol sabun basuh tangan.

Menerusi perkongsian video TikTok @thoughtsbyzati, dia dan rakan-rakannya berasa terkejut dan gembira apabila melihat terdapat puluhan botol sabun basuh tangan pelbagai jenama dan bau yang disediakan pada ruangan sinki.

@thoughtsbyzati

Mengamuk nih

♬ QKThr – Aphex Twin

“Rahmatilah perniagaan ini,” itulah kata-kata netizen selepas melihat video tersebut.

Menurut netizen, untuk jumpa satu botol sabun basuh tangan yang ‘asli’ pun sukar, apatahlah lagi nak jumpa berpuluh-puluh botol.

Netizen turut berjenaka, apabila diberikan sabun sebanyak itu pasti barisan untuk cuci tangan di sinki itu menjadi panjang kerana pelanggan pening kepala untuk pilih bau yang mereka suka.

Netizen berharap pemilik kedai makan, kantin sekolah dan kafe universiti dapat mengambil contoh baik daripada kedai makan tersebut supaya dapat menyediakan botol sabun basuh tangan yang mencukupi buat pengguna.

Kekurangan sabun basuh tangan atau sabun tangan ‘cair’ membuatkan orang ramai berasa tidak puas mencuci tangan mereka selepas makan.

Lebih-lebih lagi apabila makan makanan yang berminyak sehingga menjadikan tangan rasa melekit dan kurang selesa.

Ketika artikel ini ditulis, video itu mendapat lebih 500,000 kali tontonan dan lebih 600 komen daripada pengguna TikTok.