Sebar wajah Bilal, Neelofa tersinggung netizen tak hormat sebagai ibu

Sebar wajah Bilal, Neelofa tersinggung netizen tak hormat sebagai ibu

 

Laman TikTok kecoh apabila ada seorang wanita ‘berani mati’ memuat naik wajah anak kepada selebriti Neelofa iaitu Muhammad Bilal.

Tidak hormat!

@ohbulanofficial

Laman TikTok kecoh apabila ada seorang wanita ‘berani mati’ memuat naik wajah Bilal. Alamak! #ohbulan #fyp #viral #sembangentertainment #bilal

♬ original sound – Ohbulan – Ohbulan

Ketika ditemui OhBulan!, Neelofa akui sedih dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan wajah Bilal kepada umum.

Tegas usahawan berumur 33 tahun ini, perbuatan itu langsung tidak menghormati perasaan dia dan suami, Haris Ismail yang juga merupakan pendakwah bebas.

Macam inilah, sebagai seorang ibu semestinya benda tu (kongsi wajah) menyinggung perasaan saya. Kalau anda semua nampak Bilal di luar, tak akan saya nak sorok muka.

Kalau anda kongsikan di media sosial, seperti tak hormati saya. Saya tak pernah halang ketika di luar. Kenapa anda nak buat tindakan selanjutnya sedangkan saya belum lagi buat?

Neelofa berkata demikian ketika ditemui di sidang media program Next To Neelofa musim kedua yang diadakan di Astro, pada Selasa.

Next To Neelofa musim kedua menampilkan Datin Noor Kartini, Datin Lisa Surihani, Diana Amir, Puteri Sarah Liyana, Tya Ariffin, Ziana Zain dan Ustazah Oki.

Dah ada masa sesuai

Tambah pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, dia dan Haris sudah mempunyai perancangan waktu yang tepat untuk berkongsi wajah anak lelaki mereka.

Memang la akan sampai ke masa itu. Saya dah rancang dengan suami bila waktu yang sesuai. Kenapa anda nak juga jadi yang pertama sebarkan?

Dalam pada itu, bekas hos program MeleTOP sudah penat untuk bercakap soal Bilal kerana merasakan sudah terlalu banyak.

Saya dah penat sangat nak cakap fasal anak, dah banyak sangat keluar artikel.

Semalam, individu itu memuat naik gambar bayi lelaki yang didukung Neelofa ketika berada di sebuah klinik.

Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata yang pertama pada 29 Januari 2022.