“Saya lakukan perkara bodoh..” – Harith Iskander akhirnya buka mulut, dedah punca isteri fail cerai
Pelawak terkenal, Harith Iskander buka mulut isu tuntutan cerai apabila tampil dalam satu podcast di saluran The Rakyat Post bersama isteri, Dr Jezamine Lim.
Menerusi podcast yang dihoskan oleh Daphne Iking, Harith, 58 mengakui bahawa pergolakan rumah tangganya dan isteri berpunca daripada dirinya sendiri.
“Keputusan ini tidak berlaku secara tiba-tiba tapi ia menjadi kecoh selepas foto Jezamine failkan penceraikan jadi tular.
“Saya seorang lelaki bodoh yang sudah melakukan perkara tidak sepatutnya. Saya tak memberi alasan mengenai itu tapi saya melakukan perkara bodoh yang ramai lelaki lakukan pada usia saya.
“Saya tak nak berkongsi lebih terperinci sebab kami mempunyai tiga orang anak yang masih muda dan mereka akan menonton ini suatu hari nanti,” katanya.
Tambahnya lagi, dia dan isteri sudahpun bertemu dengan kaunseling untuk mendapatkan nasihat dan pandangan sebelum membuat keputusan bersama.
Pelawak komedi berdiri ini juga memaklumkan yang sudah lama memikirkan tentang hubungan mereka dan membuat keputusan tersebut agar dapat mengekalkan persahabatan mereka supaya kekal baik.
“Saya seorang lelaki bodoh yang sudah melakukan perkara tidak sepatutnya. Saya tak memberi alasan mengenai itu tapi saya melakukan perkara bodoh yang ramai lelaki lakukan pada usia saya.
“Saya tak nak berkongsi lebih terperinci sebab kami mempunyai tiga orang anak yang masih muda dan mereka akan menonton ini suatu hari nanti,”
“Sampailah saya sedar kami lebih sesuai menjadi rakan baik dan tidak mahu ia hancur disebabkan penceraian,” ujarnya.
Dalam pada itu, Dr Jezamine juga menafikan dakwaan bahawa dia didera oleh suami seperti yang dituduh oleh sesetengah netizen.
“Dia tidak mendera saya seperti yang dikatakan orang” ujarnya ringkas.
Dapat dilihat pasangan tersebut masih lagi bergurau dan saling berpelukan apabila bercerita tentang rumah tangga mereka termasuklah perancangan untuk anak-anak.
Terdahulu, gambar Dr Jezamine bersama peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir tersebar apabila dipercayai membuat tuntutan penceraian terhadap suami selepas 14 tahun bersama.
Dia juga telah mengesahkan perkara tersebut apabila penfailkan penceraian mereka pada bulan lalu.
Sekadar info, Harith Iskander telah mendirikan rumah tangga bersama Dr Jezamine Lim pada 2010. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zander Xayne, Alessandra Jayne, dan Zydane Zayne.