‘Saya janji akan ceraikan kamu bila pulang’ – Kerabat Diraja yang merupakan abang ipar kepada aktres popular ini luah isi hati di Instagram
Baru-baru ini, kami di Murai MY sempat meninjau akaun Instagram seorang kerabat diraja dan juga merupakan abang ipar kepada pelakon cantik dan popular.
Posting terbarunya menunjukkan gambar beliau bersama isterinya yang juga seorang dikenali di media sosial. Agak terkejut kami membaca kapsyen yang ditulis oleh kerabat diraja ini. Rupanya mereka suami isteri sudah sepakat untuk bercerai.
“*** yang dihormati. Saya sangat gembira kerana kita berdua boleh menjadi baik dan mengetepikan perbezaan kita sekarang.”
“Saya harap kita berkawan dalam masa terdekat. Saya tahu ini tidak mudah bagi kami berdua sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Saya mendoakan anda baik-baik di mana sahaja jalan yang anda pilih untuk pergi ke sana di Amerika Syarikat” – tulisnya
Kerabat diraja ini juga menulis bahawa, beliau akan terus menjadi seorang bapa yang baik walaupun anak-anaknya bersama isteri di luar negara.
“Saya akan terus menjalankan tugas sebagai bapa untuk menjaga anak saya dari sini. Dan dalam beberapa tahun saya mengenali anda,*** dan *** akan pulang ke Malaysia.”
Tambahnya lagi, beliau dinasihatkan supaya menceraikan isterinya secara sah setelah pulang dari luar negara kelak.
“Saya minta maaf kepada anda bahawa saya tidak dapat membuat perceraian sekarang. Oleh kerana saya dinasihatkan untuk hanya memberi anda perceraian ketika anda dan anak-anak pulang ke Malaysia.’ – ujarnya.
Tidak dapat dipastikan apakah punca penceraian ini, namun kerabat diraja ini sudah berjanji kepada isterinya akan bercerai secara rasmi setelah kembali ke Malaysia. Malah dalam tulisannya, belaiu turut berhasrat untuk memperkenalkan seorang lelaki lain sebagai pengganti.
“Saya berjanji pada anda pada hari anda kembali ke sini, kita akan bercerai secara rasmi. Dan saya ingin memperkenalkan lelaki hebat ini yang saya kenal. Dia lelaki yang luar biasa. Saya telah memberitahunya bahawa saya ingin menjodohkan untuk membuat anda berdua dan saya berharap anda berkahwin.”
Dalam pada itu, kerabat diraja yang meminati sukan bola sepak ini turut akui lelaki yang dia mahu jodohkan bakal menjadi bapa tiri yang baik buat anak-anaknya.
“Saya akan memberinya idea tentang bagaimana dia boleh melamar anda juga! Saya tidak sabar-sabar untuk merancang majlis perkahwinan anda yang seterusnya. Tetapi yang paling penting saya tahu dia akan menjadi bapa tiri yang baik kepada anak kami.” – katanya
Menutup luahan isi hati kepada isterinya, beliau mendoakan agar dia dan isterinya dapat meneruskan kehidupan masing-masing yang lebih baik.
“Ini adalah kali terakhir saya bercakap mengenai perkara ini, dan saya harap mulai sekarang semua orang akan membiarkan kita berdua meneruskan kehidupan kita, dan meneruskan perjalanan sebagai ibu bapa kerana sejak awal, satu-satunya perkara yang penting, adalah kebahagiaan anak kita. Saya mendoakan anda dan keluarga dengan baik dan saya akan terus mendoakan keselamatan anda dan keluarga di sana.
Posting kerabat diraja ini menarik perhatian netizen malah selebriti seperti Wak Doyok, Daphine Iking dan ramai lagi turut meninggalkan komen dengan memuji sikap profesional beliau.
Dalam posting yang berlainan, kerabat diraja ini bersyukur kerana selepas ini, dia dan bekas isteri akan menjadi teman rapat.
Beliau juga menasihatkan isterinya supaya dapat mengatasi rasa ego demi menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak.
Sumber: Murai