“Saya bangga dengan bapa saya” – Anak sarung uniform pemandu peribadi terharu bapa PJJ buat kejutan datang sekolah

“Saya bangga dengan bapa saya” – Anak sarung uniform pemandu peribadi terharu bapa PJJ buat kejutan datang sekolah

Sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia untuk tahun ini, sesetengah sekolah mengetengahkan tema kerjaya untuk memeriahkan sambutan ini.

Mengikut minat dan cita-cita, semua murid bersemangat menggayakan pelbagai jenis pakaian yang bersesuaian mengikut tema.

Namun, kisah yang dikongsikan oleh seorang bapa di media sosial telah mendapat perhatian ramai apabila anak perempuannya menjadikan kerjayanya sebagai tema kerjaya pilihan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @roy_scott76 di TikTok, anaknya memilih untuk memakai pakaian pemandu kereta untuk mengikut tema kerjaya yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Ketika diminta guru ke depan, murid Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam itu, dengan bangganya memberitahu seluruh kelas bahawa ayahnya bekerja sebagai pemandu.

@roy_scott76

TERIMA KASIH KAKAK Terima kasih Kakak kerana berbangga dengan Babah..Babah cuma menumpang rezeki Kakak.. Babah masih ingat waktu Ummi mengandungkan Kakaklah,Babah dpt kerja ni.. Terima kasih syg,Babah syg Kakak dan Adik dunia akhirat.. ***Terima kasih pihak sekolah yg beri peluang pada sy utk beri kejutan buat anak di HARI KANAK² BERTEMAKAN KERJAYA.. #harikanakkanak #kerjaya #kerjayaberseragam #kerjayaberuniform #shuberhebat #sekkebhulubernam #anakbabah#fyp

♬ original sound – Roy_Scott76 – Roy_Scott76

“Saya pakai pakaian seragam ini kerana saya bangga dengan bapa saya,” katanya.

Tidak lama selepas itu, murid tersebut terperanjat sebelum berlari memeluk bapanya yang tunggu di luar kelas membuat kejutan.

“Terima kasih kakak kerana berbangga dengan Babah. Babah cuma menumpang rezeki kakak. Babah masih ingat waktu Ummi mengandungkan kakak, Babah dapat kerja ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@ejaabdullah_

: Kejutan buat Kakak di sekolah sempena HARI KANAK² BERTEMAKAN KERJAYA.. ALHAMDULILLAH jgn menangis syg, BABAH dh buat yg terbaik utk Kakak dan keluarga kecil kita Terima kasih Babah atas penat lelah dan keringat buat keluarga kecil kita❤ #harikanakkanak #kerjaya #driver #husband #babah #fyp

♬ original sound – Eja Abdullah – Eja Abdullah