Sandra Lim berjaya ke top 30 Miss Universe 2024, akhiri kemarau 54 tahun

Sandra Lim berjaya ke top 30 Miss Universe 2024, akhiri kemarau 54 tahun

 

Sandra Lim berjaya ke top 30 Miss Universe 2024, akhiri kemarau 54 tahun.

Malaysia mencipta sejarah di pentas antarabangsa apabila pelakon dan model dari Selangor, Sandra Lim Shue Hui terpilih sebagai Top 30 Miss Universe 2024. Kejayaan tersebut merupakan pencapaian pertama Malaysia, mengakhiri ‘kemarau’ selama 54 tahun.

Difahamkan, kali terakhir Malaysia berjaya melangkah sejauh ini adalah pada tahun 1970. Namun, kejayaan Sandra membolehkan impian Malaysia untuk berada di pentas Miss Universe hampir menjadi kenyataan.

Menurut laporan media, Sandra mewakili Malaysia di pertandingan Miss Universe edisi ke-73 yang berlangsung di Mexico City pada 16 November. Beliau telah dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2024 selepas mengatasi 15 finalis lain dalam pertandingan bulan lalu.

Sandra Lim

Sandra Lim

Sebelum ini, Sandra dikatakan bakal memperagakan pakaian bertemakan warrior princess yang direka oleh pereka tempatan, Ezuwan Ismail.

Pakaian tersebut direka menggunakan songket tenunan tangan dan dihiasi dengan sulam tebuk bagi menyerlahkan keindahan dan keagungan tradisi Malaysia.

Difahamkan, kostum itu turut dilengkapi dengan aksesori seperti tanjak pahlawan dan sebilah pedang, melambangkan keberanian, kelembutan, serta kehebatan watak legenda Walinong Sari dalam seni mempertahankan diri.

Kejayaan Sandra ini bukan sahaja membanggakan rakyat Malaysia, tetapi turut menjadi inspirasi buat generasi muda untuk terus mengharumkan nama negara di persada dunia.

Tahniah Sandra atas pencapaian gemilang ini, anda kebanggaan Malaysia!