Sakit hati cinta ditolak, lelaki upah tiga rakan culik bekas kekasih

Sakit hati cinta ditolak, lelaki upah tiga rakan culik bekas kekasih

 

Sakit hati cinta ditolak, lelaki upah tiga rakan culik bekas kekasih

Angkara sakit hati, seorang lelaki sanggup mengupah tiga rakannya untuk ‘menculik’ bekas kekasihnya.

Drama penculikan wanita dikenali sebagai Santi itu dilakukan DAS atau Donny, 48 selaku perancang utama bersama AS, 35, TA dan AT, masing-masing berusia 51 tahun.

Jurucakap polis, Kombes Jules Abraham Abast memberitahu, Donny mengupah tiga pelaku lain dengan bayaran wang sebanyak 100,000 rupiah (RM30) seorang untuk menculik wanita yang merupakan warga Antapani, Bandung, Jawa Barat di Indonesia.

“Dia memberi alasan mahu menagih hutang sedangkan motif sebenar adalah masalah asmara. Donny berasa sakit hati dan cemburu kerana cintanya ditolak mangsa selepas Santi memutuskan hubungan yang terjalin sejak 2014,” ujarnya.

Menurutnya, Donny mengaku sempat menikah siri dengan mangsa, namun tiada dokumen untuk mengesahkan dakwaan itu.

“Kisah percintaan mereka lebih sadis apabila Santi sudah bersuami manakala pelaku masih menunggu cintanya dibalas,” katanya lagi.

Ketika diculik, wanita itu turut dibawa ‘bersiar-siar’ di sekitar Bandung selama lapan jam dengan menaiki kereta sewa.

“Mangsa kemudiannya diturunkan di wilayah Pasir Impun dan dihantar pulang oleh ojek.

“Siasatan awal mendapati pelaku tidak melakukan sebarang tindakan kekerasan ke atas mangsa dan tidak menutup mulutnya seperti dilakukan penculik sebenar. Pelaku hanya membawa pistol mainan untuk menakut-nakutkan Santi,” tambahnya.

Keempat-empat pelaku itu bakal berdepan hukuman penjara 12 tahun jika disabit bersalah.