Saintis dakwa sudah kenal pasti tahun bakal berlaku kiamat

Saintis dakwa sudah kenal pasti tahun bakal berlaku kiamat

 

Saintis dakwa sudah kenal pasti tahun bakal berlaku kiamat

Kehidupan di bumi diramalkan berakhir pada tahun 1,000,002,02, demikian menurut kajian yang dijalankan menggunakan super komputer oleh sekumpulan saintis antarabangsa.

Kajian mereka mencadangkan peningkatan haba matahari secara beransur-ansur akan menyebabkan bumi tidak lagi boleh dihuni pada waktu itu.

Penemuan tersebut, yang dikongsikan dalam Nature Geoscience Research oleh Kazumi Ozaki dan Christopher T. Reinhard pada tahun 2021, menunjukkan bumi akhirnya tidak akan mempunyai paras oksigen yang mencukupi untuk menyokong kehidupan.

“Atmosfera moden bumi sangat beroksigen dan merupakan isyarat yang boleh dikesan dari jauh mengenai biosfera di permukaannya.

“Namun begitu, jangka hayat penanda bio berasaskan oksigen dalam atmosfera bumi masih tidak menentu, terutamanya untuk masa depan yang jauh,” tulis para penyelidik.

Dengan menggunakan gabungan model biogeokimia dan iklim, para saintis meneroka tempoh yang berkemungkinan bagi kewujudan atmosfera bumi yang kaya dengan oksigen.

Pasukan itu terdiri daripada ahli Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) serta Universiti Toho di Jepun.

Jelas mereka lagi, paras oksigen yang mencukupi dalam atmosfera bukanlah sesuatu yang ‘kekal’ bagi sesebuah planet.

Walaupun kesimpulan mereka kedengaran membimbangkan, ia membawa ‘implikasi penting’ yang menekankan keperluan ‘pencarian kehidupan di planet mirip bumi di luar sistem suria’ sebagai langkah penting demi kelangsungan hidup manusia.

Sebagai peringatan, umat Islam tidak boleh mempercayai ramalan seperti ini dan wajib beriman dengan hari akhirat yang juga salah satu daripada enam rukun iman. – Agensi