“Sekarang dah jadi Saifulina” – Penampilan terkini Saiful Malaysian Idol buat ramai terkejut

“Sekarang dah jadi Saifulina” – Penampilan terkini Saiful Malaysian Idol buat ramai terkejut
Kemunculan penyanyi kelahiran Sarawak yang dipercayai Saiful meraih perhatian wargamaya dengan imejnya didakwa berubah sepenuhnya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Saiful dipercayai mendendangkan lagu popular miliknya yang berjudul ‘Ku Juga Mencintai Dirimu’.
Bagaimanapun, imej dipercayai Saiful membuatkan rata-rata warganet terkejut apabila melihat penyanyi asal Sarawak itu didakwa berpakaian seperti seorang wanita.
Video yang berdurasi selama seminit itu meraih lebih 300 ribu tontonan di aplikasi TikTok.
@patricia_majestic
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat kepada penyanyi berusia 39 tahun meluahkan rasa kecewa dengan perubahan ketara yang dipilihnya.
Selain itu, warganet juga yang mendoakan individu terbabit agar diberikan hidayah.