“Dia bukan ditahan di penjara” – Saiful Apek minta henti buat spekulasi, kongsi keadaan terkini Yassin

“Dia bukan ditahan di penjara” – Saiful Apek minta henti buat spekulasi, kongsi keadaan terkini Yassin

 

“Dia bukan ditahan di penjara” – Saiful Apek minta henti buat spekulasi, kongsi keadaan terkini Yassin

Pelawak Yassin Yahya yang hilang dari radar industri hiburan sejak tahun lalu dijangka pulang ke tanah air sebelum Aidilfitri.

Berita kepulangan Yassin disahkan oleh anggota Senario, Saiful Apek. Kenyataan Apek seolah-olah mengesahkan spekulasi mengenai seorang pelawak popular ditahan di Jeddah, Arab Saudi atas kesalahan dadah yang kecoh diperkatakan, awal tahun ini.

Tidak mengesahkan perkara itu, Apek meminta semua pihak bersabar dan menunggu penjelasan daripada mulut tuan badan sendiri.

Apek berkata, semua anggota Senario mengunci mulut bagi menghormati perasaan keluarga Yassin.

“Dari maklumat keluarga, difahamkan Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri ini.

“Kami berdiam diri kerana menghormati keluarga. Alhamdulillah, kami lega dapat tahu dengan lebih jelas apa yang berlaku.

“Saya tak kisah orang nak cakap saya berat sebelah atau sengaja nak ‘cover line’, tapi apa yang boleh saya katakan, Yassin mungkin tidak pandai mana, tapi dia juga tak bodoh.

“Di Arab Saudi, jika terbabit dalam kes seperti ini (dadah), hukumannya hudud (bunuh), tiada pelepasan untuk dua atau tiga bulan,” kata Apek yang ditemui pada majlis berbuka puasa filem 6 Jilake terbitan Eartistics Sdn Bhd dengan edaran Primeworks Studio.

Apek berkongsi, dia ada berhubung dengan Yassin menerusi aplikasi Zoom dan gembira melihat perubahan positif di Jeddah.

“Berat badan Yassin bukan sahaja bertambah dari ‘s’ ke ‘m’, tetapi lebih membanggakan, sudah katam 20 juzuk al-Quran.

“Dia bukan ditahan di penjara, sebaliknya pusat pemulihan yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk kedai runcit.

“Jadi, saya nak menyeru hentikan segala spekulasi, tunggu hingga tuan badan pulang. Biarlah Yassin sendiri menjelaskan apa yang berlaku. Dia bukan ditahan di penjara, sebaliknya pusat pemulihan.

“Saya lega melihat keadaannya baik di sana hingga boleh hafaz 20 juzuk al-Quran. Tiada perkara terjadi secara kebetulan dan saya gembira dengan perubahannya itu,” katanya.

Terdahulu, ketiadaan Yassin untuk melengkapkan anggota Senario sejak beberapa bulan lalu dilihat sedikit menghampakan peminat.

Berikutan itu, pelbagai spekulasi timbul mengenai Yassin, apatah lagi, isu pelawak popular ditahan di Jeddah atas kesalahan dadah sejak Oktober, tahun lalu masih belum terjawab.

Sebelum ini, media melaporkan, seorang pelawak ditahan di Jeddah selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja, namun tidak mendedahkan identitinya.

Pelawak itu dilapor sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu. Hukuman berkenaan dijatuhkan ketika perbicaraannya, November tahun lalu.