“Macam dalam mimpi..” – Saiful Apek dihalang cium jenazah ibu, terkedu dapat tahu dirinya anak angkat
“Macam dalam mimpi..” – Saiful Apek dihalang cium jenazah ibu, terkedu dapat tahu dirinya anak angkat
Saiful Apek, nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Siapa yang tidak mengenali pelakon dan pelawak otai ini, bukan?
Siapa sangka di sebalik karakternya yang bersahaja dalam menghiburkan orang, ada kisah duka yang tersimpan selama ini.
Ahli kumpulan pelawak legenda itu baru-baru ini mendedahkan dirinya baru mengetahui rahsia keluarga selepas pemergian ibunya.
Menerusi perkongsian di Dol’s Podcast, Saiful atau nama lengkapnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, terkedu apabila mengetahui dirinya merupakan anak angkat.
Jelasnya, kejadian itu ketika usianya 21 tahun yang mana tindakannya mahu mencium jenazah ibu dihalang orang sekeliling.
“Bila saya nak cium (ibu angkat) ada suara-suara dekat dalam ramai-ramai orang cakap tak boleh. Dia macam dalam mimpi bila orang cakap tak boleh.”
Katanya lagi, mereka memaklumkan bahawa jenazah itu bukan mahramnya kerana dirinya seorang anak angkat dan tidak disusukan ibu angkatnya.
“Dalam umur seminggu ibu angkat saya mula jaga saya. Saya tak sempat disusukan kerana ibu angkat saya ni tak pernah melahirkan kerana dia memang tak boleh melahirkan.”
@dolspodcast Saiful Apek baru tau beliau anak angkat masa nak cium arwah ibu semasa meninggal dunia 🥲. Layan Episod 52, RABU 9 MALAM di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. NAK BELAJAR BUAT SIDE INCOME ? BOLEH FOLLOW @Fokiyoks @shuibsepahtu @shuksahar @Mamatsepah_Nana @Fizie Roslan @Saiful Apek GITU2 #dolspodcast
Walau bagaimanapun, Saiful memaklumkan dia bertegas untuk mencium ibunya walaupun dilarang.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu meraih hampir 5,000 tanda suka dan lebih 120,000 tontonan di platform TikTok.