Saiful Apek kena tahan? Ini respon Azlee Senario

Saiful Apek kena tahan? Ini respon Azlee Senario

 

Saiful Apek kena tahan? Ini respon Azlee Senario

“Tiada (tidak ditahan)… Itu tidak betul.”

Itu penjelasan anggota kumpulan Senario, Azlee berhubung dakwaan konon sahabatnya, Saiful Apek atau nama sebenar, Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, ditahan pihak berkuasa, hari ini.

“Tiadalah… Elok sahaja. Tidaklah dia kena tahan kerana setahu saya dia elok sahaja tiada apa. Tidak betul rasanya dakwaan itu,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Bagaimanapun, Azlee berkata dia tidak tahu keberadaan Saiful berikutan mereka tiada ‘job’ hari ini.

“Kami tiada show bersama hari ini. Mungkin dia ada promosi filem terbaharunya, 6 Jilake. Saya pun belum hubungi dia lagi hari ini,” katanya.

Mac lalu, industri hiburan kecoh apabila salah seorang anggota Senario dipercayai Yassin Yahya, ditahan di Lapangan Terbang Jeddah oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Difahamkan, pelawak berkenaan menunaikan umrah bersama rakan-rakannya, namun, ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang.

Pelawak berkenaan dipercayai sedang menjalani penjara selama enam bulan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman semasa tempoh perbicaraannya pada November tahun lalu.