Sah!!! Majlis Noor Nabila, Engku Emran berlangsung hari ini

Sah!!! Majlis Noor Nabila, Engku Emran berlangsung hari ini

Khabar angin majlis pernikahan Noor Nabila dan Engku Emran akhirnya terjawab selepas adiknya, Ameera Khan memuat naik sekeping foto yang tertulis Walimatul Urus Noor Nabila dan Engku Emran.

Hasil tinjauan Kosmo!, perkongsian foto meja makan dihiasi indah dan pelamin yang dimuat naik Ameera turut memberi bayangan majlis sedang berlangsung pagi ini.

Malah, sekeping kad senarai yang terletak di atas meja juga turut tertulis nama Noor Nabila dan Engku Emran di bahagian bawah.

Difahamkan, perunding majlis tersebut ialah Reka Teemor.

Sehingga kini, masih tiada foto pernikahan dikongsi oleh ahli keluarga Nabila.

Semalam, spekulasi tentang majlis pernikahan mereka bertiup kencang dalam media sosial.

Untuk rekod, Emran juga pernah memberi bayangan hubungan mereka selepas memuat naik sekeping foto dengan memaparkan bahagian radio dalam keretanya yang menampakkan refleksi wajah Nabila di tempat duduk penumpang bahagian depan.

Sekitar dua minggu lalu, nama Nabila dan Emran antara topik hangat yang diperkatakan dalam kalangan netizen dan gosip hubungan mereka juga tersebar hingga ke Indonesia.

Sebelum ini, Nabila dan Emran dikatakan mula rapat selepas sering dilihat melakukan aktiviti berbasikal bersama.
Lebih menguatkan khabar angin tersebut, Emran juga dikatakan sering berkunjung ke kediaman Nabila bagi menyertai sesi usrah bersama ahli keluarga bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad itu.  – Kosmo