Sah! Kedai nasi ayam viral milik lelaki Muslim terbukti tiada sijil halal

Sah! Kedai nasi ayam viral milik lelaki Muslim terbukti tiada sijil halal

 

Beberapa hari sebelum ini, kecoh di media sosial berkenaan satu dakwaan peniaga Islam yang mengambil bekalan nasi ayam dan itik dari restoran bukan halal sebelum dijual semula kepada pelanggan di Sungai Ara, George Town.

Dinafikan oleh pekerja

Walau bagaimanapun, pekerja kedai nasi ayam tersebut telah membuat penafian bawa nasi ayam yang dijual tidak halal dan sempat menunjukan proses penyediaan hidangan di gerai mereka.

@matrukun7

entah sapa yg salah..😁#fyp #viral

♬ bunyi asal – 𝓶𝓪𝓽 𝓻𝓾𝓴𝓾𝓷 – 𝓶𝓪𝓽 𝓻𝓾𝓴𝓾𝓷

Terbukti tiada lesen halal selepas siasatan

Walau bagaimanapun, menerusi laporan dari Kosmo! Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Mohd. Hanif Omar @ Wahab memaklumkan yang premis menjual nasi ayam dan nasi itik di Sungai Ara serta di sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney disahkan tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Jadi, pihak JHEAIPP menasihati mereka untuk memohon SPHM daripada  JHEAIPP dalam kadar segera.

”Hasil siasatan JHEAIPP pada Isnin lalu mendapati kedai nasi ayam dan itik di Sungai Ara yang dimiliki seorang lelaki Muslim tidak dibuka.

“Siasatan lanjut mendapati pemiliknya juga turut memiliki restoran nasi ayam dan itik di sebuah pusat membeli belah di Persiaran Gurney. Premis itu dikongsi bersama seorang lelaki bukan Islam.

“Hasil siasatan JHEAIPP bersama Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP mendapati makanan yang dimasak di premis di pusat membeli belah ini turut dibawa untuk dijual di kedainya di Sungai Ara dan kedua-dua premis ini tidak memiliki SPHM,” katanya.

Siasatan yang dilakukan adalah susulan daripada tularnya dakwaan peniaga Muslim di Sungai Ara yang mengambil bekalan nasi ayam dan nasi itik di kedai peniaga bukan Islam.

Dakwaan tersebut telah mencetuskan rasa tidak puas hati masyarakat Muslim kerana merasakan peniaga menipu pelanggan terutamanya yang beragama Islam.