Mandi wajib selepas azan Subuh, sah ke puasa? Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus

Mandi wajib selepas azan Subuh, sah ke puasa? Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus

 

Mandi wajib selepas azan Subuh, sah ke puasa? Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus

Dikala seluruh umat Islam sedang menjalani ibadah puasa, pastinya berbagai persoalan mula timbul termasuklah hukum berpuasa apabila melakukan mandi wajib selepas berkumandangnya azan Subuh.

Untuk menjawab persoalan tersebut, sama-sama kita hayati jawapan yang diberikan pendakwah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Menerusi video dimuat naik @anasrazali77 di TikTok, UAI menjelaskan bahawa puasa bagi seseorang yang mandi wajib selepas berkumandangnya azan Subuh dikira sebagai sah.

Tak kiralah dia keluar secara mimpi atau dengan pasangan yang sah (halal), dan bangun subuh belum mandi (wajib) dikira sah.

Sebagai contoh, sepasang suami dan isteri bersetubuh pada malam hari dan mengeluarkan hadas besar kemudian terbangun pukul 6.30 pagi (dah masuk waktu Subuh).

Selepas itu baru nak mandi (wajib) tetap sah puasa sebab keluarnya air mani tidak membatalkan puasa.

Jelas UAI lagi, terkeluarnya air mani di siang hari juga tidak membatalkan puasa.

Walau bagaimanapun, adalah terbatal puasa seseorang itu sekiranya air maninya terkeluar dengan sengaja ketika sedang berpuasa.

Siang hari bulan Ramadan tiba-tiba terkeluar air mani juga tidak batal.

Tetapi yang batal ialah apabila seseorang itu sengaja mengeluarkan mani ketika sedang berpuasa.

Di akhir perkongsian, UAI memaklumkan bahawa adalah sunat hukum bagi seseorang melakukan perbuatan mandi wajib sebelum masuknya waktu Subuh.

@anasrazali77

Ustaz Azhar Idrus : Bab Puasa: Adakah Sah Puasa Jika Mandi Wajib Selepas Waktu Subuh #foryour #foryourpage #fyp #foryou #foryoupage #soaljawabagama #uai #ustazazharidrus #soaljawabustazazharidrus #ustazazhar #ramadhan #puasa #puasaramadhan #hadas

♬ original sound – anasrazali77 – anasrazali77