Rupanya lima tahun lepas dah pernah jadi, makcik baju merah siap ikut pengantin solat sunat nikah

Rupanya lima tahun lepas dah pernah jadi, makcik baju merah siap ikut pengantin solat sunat nikah

Pendedahan seorang pengantin bernama Zarah tentang Acik Baju Merah pada minggu lalu cukup menarik perhatian netizen.

Disifatkan sebagai pengacau album kahwin, rupanya ramai orang pernah berhadapan benda sama bahkan ia sudah terjadi sejak tahun 2017 lagi.

Seorang wanita lain dengan akaun TikTok Elfiqa Dewi juga sempat mengimbau semula kejadian berkenaan.

5 Tahun Lepas Dah Jadi, Acik Baju Merah Siap Ikut Pengantin Solat Sunat Nikah

Mak cik yang sama tapi tahun 2017…Saya & family rasa sedihlah

Ketika pengantin membuat solat sunat selepas nikah, tindakan Acik tersebut yang ikut melakukan benda sama nyata mencetuskan persoalan.

Pokoknya sepanjang majlis berlangsung, di segenap sudut kelibatnya yang berbaju coklat sangat jelas kelihatan.

Mengingat dan melihat semula gambar lama, Elfiqa akui agak merasa sedih dengan perbuatan individu ini.

@elfiqadewi

Kisah 2017, sekadar mengimbau kembali kejadian lalu 🤣🤣

♬ original sound – elfiqa – elfiqa

Pengantin memanjat kesyukuran, acik tu memanjat frames gambar

Merupakan ‘orang kuat’ yang selalu mengikut kumpulan Tok Kadi dan saksi, ramai netizen masih tertanya-tanya motif mengapa dia suka muncul dalam gambar orang kahwin.

Sejak dikongsikan semalam, rakaman milik Elfiqa mendapat hampir 300 ribu jumlah tontonan.