Rumah atas nama Farid Kamil bakal dilelong pada harga lebih setengah juta

Rumah atas nama Farid Kamil bakal dilelong pada harga lebih setengah juta

 

Rumah atas nama Farid Kamil bakal dilelong pada harga lebih setengah juta

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, tular iklan rumah dipercayai milik aktor terkenal, Farid Kamil dikatakan bakal dilelong dengan harga lebih dari setengah juta.

Hal ini susulan beberapa posting di media sosial berkenaan iklan lelongan tersebut yang bakal dilakukan pada 22 hingga 25 Januari nanti.

Memetik laporan dari Mstar, rumah teres di Bandar Saujana Putra, Selangor itu dikatakan milik aktor terbabit susulan perkongsian maklumat lengkap tentang kediaman itu.

Walau bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada kediaman tersebut adalah milik Farid Kamil ataupun individu yang mempunyai nama yang sama.

Difahamkan, rumah yang berkeluasan 1,760 kaki persegi itu berada di bawah kepemilikan Bumiputera dan telah dibeli pada tahun 2011.

Kediaman tersebut dikatakan akan dilelong bermula harga RM522,000 pada tarikh yang sudah dimaklumkan.